Posts

Showing posts from February, 2018

Siapa marchmellow20 ?

Assalamualaikum semua ,      Harini 16.2.2018 bersamaan hari jumaat , 10.50 malam dapat juga saya cipta satu akaun blog saya sendiri setelah hampir 5 tahun sudah saya berminat untuk menyertai blog tapi tak pernah kesampaian kerana tidak memiliki laptop sendiri . Cehh dari ayat tu tau la kira sekarang dah ada laptop kan . Alhamdulillah , tahun ini diberikan rezeki untuk memiliki laptop . Sebenarnya laptop ni diberi oleh ma dan abah untuk memudahkan untuk buat kerja sepanjang tingkatan enam dan untuk belajar pada hari hari yang akan datang . So dari situ lagi dah tau yang saya ni pelajar tingkatan enam kan .      So sape  ni ? Saya ni bukan orang yang terkenal ke viral ke ape tapi saje je buat akaun blog ni untuk meluahkan segala isi hati saya , di samping untuk berkongsi memori bersama di alam maya ini . Sekarang ni berumur 18 tahun 11bulan 3 hari . Insyaallah kalau tak silap lagi sebulan lebih saya akan cukup 19 tahun . Saya belajar tingkatan enam di salah sebuah di kawasan rumah .