Siapa marchmellow20 ?

Assalamualaikum semua ,
     Harini 16.2.2018 bersamaan hari jumaat , 10.50 malam dapat juga saya cipta satu akaun blog saya sendiri setelah hampir 5 tahun sudah saya berminat untuk menyertai blog tapi tak pernah kesampaian kerana tidak memiliki laptop sendiri . Cehh dari ayat tu tau la kira sekarang dah ada laptop kan . Alhamdulillah , tahun ini diberikan rezeki untuk memiliki laptop . Sebenarnya laptop ni diberi oleh ma dan abah untuk memudahkan untuk buat kerja sepanjang tingkatan enam dan untuk belajar pada hari hari yang akan datang . So dari situ lagi dah tau yang saya ni pelajar tingkatan enam kan .

     So sape  ni ? Saya ni bukan orang yang terkenal ke viral ke ape tapi saje je buat akaun blog ni untuk meluahkan segala isi hati saya , di samping untuk berkongsi memori bersama di alam maya ini . Sekarang ni berumur 18 tahun 11bulan 3 hari . Insyaallah kalau tak silap lagi sebulan lebih saya akan cukup 19 tahun . Saya belajar tingkatan enam di salah sebuah di kawasan rumah . Alhamdulilah saya masih lagi memiliki ma dan abah dan gembira di samping tiga orang abang dan seorang adik perempuan . Saya juga sedang single but not available sebab still lagi nak bermanja dengan ahli keluarga sendiri haha ( ayat acah acah ramai orang nak try padahal takde orang nak pun ). Secara rasminya , saya belum berpengalaman dalam percintaan .

     Mungkin ada yang tertanya tanya kenapa saya masuk tingkatan enam , kenapa tak masuk u @ matrik @ politeknik . Sejujurnyalah , saya masuk tingkatan enam kerana saya tidak terpilih untuk ke u , matrik dan poli disebabkan result spm saya yang kurang memberangsangkan . Selain tu , sebab lain saya masuk tingkatan enam sebab saya tak nak duduk jauh dengan ma dan abah saya sebab saya dah pernah duduk asrama masa sekolah menengah selama 4 tahun . So sekarang saya nak luangkan seberapa banyak masa yang boleh dengan ma dan abah saya . Antara sebab lain lagi ialah saya nak masuk dalam aliran sastera kerana bagi saya bidang tu lebih serasi dengan saya yang tak power sains ini ( saya ambik aliran sains akaun masa form  4-5 ). Cita cita saya nak jadi seorang cikgu insyaallah akan tercapai suatu hari nanti . Di samping itu , saya juga nak jadi seorang businesswomen yang berjaya juga .

    Sebab blog ni dicipta adalah disebabkan niat saya untuk cerita life sayang saya lalui . Disamping itu , ianya untuk di"throwback"kan bila saya dah tua nanti . Antara sebab lain adalah untuk merealisasikan salah satu azam saya untuk 2018 . Oleh itu , setakat ni saja dulu cerita pasal saya , insyaallah cerita lain lagi akan menyusul pada hari hari akan datang . Terima kasih awak sebab sudi membacanya :)


Comments

Popular posts from this blog

Kemudahan di universiti yang perlu dimanfaatkan #UUM #2

4 Step Basic Skincare Routine #5

Tips Isi UPU #1