Kalau diberi peluang untuk ubah dunia. Apa yang aku akan buat? #8
Rabu 9.47 PM 19.8.2020 Di dalam bilik Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. So di saat aku menulis ni sebenarnya aku tengah menunggu video dalam kursus yang aku ambil siap untuk ditonton . After a long time aku masuk jugak kursus tu dan aku dah memulakan beberapa aktiviti yang diperlukan . Baru aku tau susah jugak internet tak seberapa ni sebab video jadi tersekat-sekat jadi kena tunggu lama sikit dan bila dah siap tengok semua baru kena tonton balik untuk faham dengan lebih jelas . Aku tak nak cerita lebih pasal ni nanti takde idea pulak untuk content bulan ni hehe . So dekat sini aku nak cerita apa yang aku nak buat kalau aku boleh ubah dunia.Actually bukan dunia sebenarnya tapi negara yang kita duduk. Kat sini , aku senaraikan beberapa benda yang aku nak buat berdasarkan pengalaman yang telah aku lalui . 1. Semua ibu bapa bekerja mempunyai masa dengan keluarga mereka. Aku belajar dalam pengurusan sumber manusia dan aku cuba untuk memahami rentak kerja ora...