Kalau diberi peluang untuk ubah dunia. Apa yang aku akan buat? #8

Rabu 9.47 PM 19.8.2020 Di dalam bilik

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. So di saat aku menulis ni sebenarnya aku tengah menunggu video dalam kursus yang aku ambil siap untuk ditonton . After a long time aku masuk jugak kursus tu dan aku dah memulakan beberapa aktiviti yang diperlukan . Baru aku tau susah jugak internet tak seberapa ni sebab video jadi tersekat-sekat jadi kena tunggu lama sikit dan bila dah siap tengok semua baru kena tonton balik untuk faham dengan lebih jelas . Aku tak nak cerita lebih pasal ni nanti takde idea pulak untuk content bulan ni hehe . 

So dekat sini aku nak cerita apa yang aku nak buat kalau aku boleh ubah dunia.Actually bukan dunia sebenarnya tapi negara yang kita duduk. Kat sini , aku senaraikan beberapa benda yang aku nak buat berdasarkan pengalaman yang telah aku lalui . 

1. Semua ibu bapa bekerja mempunyai masa dengan keluarga mereka.

 Aku belajar dalam pengurusan sumber manusia dan aku cuba untuk memahami rentak kerja orang dan masa mereka berada di rumah. Di samping belajar, aku juga ada beberapa pengalaman kerja bersama orang yang berkeluarga. Kebanyakan rakan sekerja aku semuanya ibu atau bapa yang bekerja 8 jam sehari.Actually kerja 8 jam sehari tu dah normal sebab mana-mana tempat kerja memang 8 jam sehari tetapi aku tertanya-tanya orang yang kerja di pasaraya pukul 1 tengah hari sehingga 10 malam. Diorang juga kerja 6 hari seminggu dan seolah-olah diwajibkan bekerja pada hari minggu. Kadang-kadang aku tertanya-tanya jugak bila la diorang luangkan masa dengan keluarga diorang memandangkan kalau hari sekolah anak pergi sekolah pukul 8 pagi sampai pukul 1, pukul 1 ibu atau ayah diorang kerja dan balik sampai 10 malam, pukul 10 lebih sampai rumah anak dah nak tidur . Hari minggu pulak anak cuti tapi ibu atau ayah kena kerja. Sebenarnya ada je shift pukul 10 pagi sampai 7 malam untuk beberapa hari juga, mungkin masa tu la diorang guna untuk luangkan masa dengan keluarga diorang. Andai kata aku ni ada kuasa, ye benda ni macam tak logik sebab andai kata kan tapi sekadar pemikiran aku setiap company perlu tanya sejauh mana kepuasan hati pekerja dengan percaturan company sebab company mungkin tak memahami apa yang pekerja lalui . Dengan mengetahui apa yang pekerja inginkan, company mungkin boleh mengubah perancangan diorang untuk memastikan pekerja boleh mendapatkan kehidupan yang balance antara bekerja dan berkeluarga. Insyaallah kehidupan yang balance akan bagi kehidupan yang lebih bermakna untuk company dan keluarga sendiri. Bayangkan pekerja lagi bersemangat untuk kerja dan anak-anak pula dapat perhatian yang cukup daripada ibu-ayah diorang . Bukan kehidupan company dengan pekerja sahaja bahkan negara ni juga akan lahirkan ekonomi dan produk yang baik dan berjaya. Tapi itulah, kita mungkin membayangkan sebegitu tapi mungkin apa yang company buat mungkin tak pernah cukup untuk pekerja begitu juga sebaliknya . Apa-apa pun kita kena fikir banyak benda sebenarnya apa yang aku cakap ni nampak berfikiran mudah sahaja. Semoga ada yang terbaik untuk semua keluarga di negara ini . 

 2. Gaji yang berpatutan 

Amboi sebut pasal gaji kau. Haha macam tak bersyukur je dia ni. Alhamdulillah banyak atau sikit semua kita bersyukur selagi masih ada gaji. Sepanjang aku kerja kan, aku bersyukur dengan gaji yang aku dapat sebab bagi aku seiring dengan kerja yang aku buat dan cukup untuk aku. Apa orang kata ‘hilang penat tengok gaji’. Kat sini aku lebih kepada ingin suarakan gaji orang orang yang aku kenal. Kenapa aku rasa cukup dengan gaji aku sebab makan-minum aku masih ditanggung mak ayah, aku boleh guna duit gaji aku untuk beli apa-apa barang yang aku nak. Tapi tulah aku tertanya-tanya rakan sekerja aku yang aku katakan terdiri daripada ibu atau ayah yang berkeluarga, ada anak kecil dan anak bersekolah. Mereka tentu kena bagi duit untuk anak mereka sekolah, begitu juga kalau yang ada anak kecil, nak beli susu, pampers, makanan lagi, nak menyimpan lagi. Kadang aku tertanya-tanya boleh ke diorang beli apa-apa barang yang diorang nak untuk self-reward diorang. Apa-apa pun itu pandangan kasar aku sahaja. Alhamdulillah setakat ini aku tengok diorang masih okay namun tidak tahu sejauh mana diorang okay. Mungkin ada rezeki lain lagi untuk diorang yang kita tak tahu.

 3. Mengubah stigma orang

 Kita hidup di mana zaman orang tengok 10 A bererti kau berjaya dan tiada A means peluang hidup kau tak cerah. Indahnya kalau aku mampu ubah stigma masyarakat di mana bila kita ingin jadi manusia yang berjaya, kita perlulah rajin kerana orang rajin pasti akan berjaya. Ye orang pandai pun juga akan berjaya. Aku masih teringat saat aku rasa kepahitan belajar, nak dapat 1A pun susah apatah lagi 5A ke atas tapi sepanjang dalam ingatan aku, aku tidak pernah malas untuk berusaha. Aku akan cuba buat benda tu walaupun berkali-kali gagal A. Alhamdullilah walaupun aku tak berjaya namun aku gembira dengan apa yang akua da dan buat sekarang. Apabila aku melihat orang sekeliling aku membesar, sebolehnya aku tak nak mereka lalui apa yang aku lalui . Ubahlah mindset anda, lambat atau cepat selagi masih ada usaha insyaallah orang-orang di sekeliling kita akan berjaya. Jangan lupa a progress is still a progress and appreciate even a little single thing. 

 4. Membuka peluang kerja kepada ramai orang 

 Hehe cliché kan tapi inilah antara benda yang selalu aku fikir. Sekarang aku lihat banyak sangat orang disekeliling aku yang susah nak cari kerja. So aku pernah terfikir nak mulakan business kecil-kecilan sehingga aku berjaya menggajikan orang-orang di sekeliling aku untuk mendapatkan wang. Semoga Allah s.w.t mempermudahkan niat baikku. Ameen. Itu sajalah aku punya angan-angan mak jenin haha . Insyaallah suatu hari nanti aku dapat capai semua benda ini dan memberi lebih banyak kepada society hehe. 

 So apa yang korang inginkan untuk ubah negara kita? Jangan lupa komen keinginan korang . Apa-apa pun salam kemerdekaan buat negara Malaysia yang ke 67 hehe.

Comments

Popular posts from this blog

Kemudahan di universiti yang perlu dimanfaatkan #UUM #2

4 Step Basic Skincare Routine #5

Tips Isi UPU #1