Done First Year Degree #7

16.7.2020/ Khamis. 9.51 pm. Dalam bilik sendiri

First year is done 😊

Assalamualaikum and hi guys

So di saat aku menulis ni , aku baru je habis semester dua . Rasa macam tak sangka dari tak pernah jangka akan masuk u , aku dah survive sampai sem dua dah. So kat sini aku akan ceritakan banyak benda lah . Benda yang aku dah buat , sedang buat dan akan buat . Biasakan penulisan aku tulis pada awal bulan kan sebab aku macam nak semua kerja yang boleh settle awal , aku siapkan terus biar tak semak kepala aku . Kalini penulisan aku agak lambat memandangkan aku busy sangat siapkan semua assessment subjek aku dan dah habis pun . Biasalah bermula dari Covid-19 then kelas online , exam pun dibatalkan dan u aku membuat penilaian dengan menambah beberapa assignment lain seperti take home exam , online test dan quiz dan video-video tertentu . Bila aku kira-kira semua kan lebih kurang 30 assesment yang aku kena buat untuk sem ni . Aku memang busy gila since 15.6 sampai la 15.7 ni . Walaupun busy aku still can catch up some time untuk spend time dengan orang yang aku sayang . Kalau orang tanya aku pasal feedback kelas online ni , aku rasa macam taktau nak jawab apa tapi jawapan yang aku boleh bagi mental kena kuat , support system kena kuat dan hati kena kental weh . Jujur aku cakap berapa kali aku rasa down tapi fikir balik yang kita dah start so kita kena habiskan jugak. But now semua tu dah habis dah so aku nak fokus ke next thing which is aku nak masuk kerja dan nak masuk kursus berkaitan dengan bidang yang aku belajar . Pagi tadi pun aku dah minta kerja dan dah dapat pun . Alhamdulillah thanks to my networking and thanks to Allah , rezeki yang aku bersyukur sangat .

24/7/2020 3.48pm Jumaat

Actually penulisan aku yang sebelum ni tersekat dan aku sedikit busy catch up a lot of things to do . So waktu aku menulis ni aku ada sedikit masa sebelum bersiap untuk pergi kerja . Alhamdulillah hampir10 hari dah aku habis semester break banyak akitiviti yang aku buat yang aku rasa puas hati dan bermanfaat . Tak macam cuti yang lain aku memang banyak membazirkan masa aku . Kalini aku bersyukur dengan apa yang aku dapat sepanjang cuti ni , first aku dapat keluar short vacay dengan kawan kawan sekolah menengah aku . Reunion la konon , happy sangat sebab semua berjalan dengan lancar even ada kekecewaan but at last kami berpuas hati dengan apa yang kami lalui . Entah bila la dapat spend time macam tu pulak . Lepas dari balik vacation aku terus kerja . Kalini aku just kerja empat jam je setiap hari . Korang mesti macam alaaa empat jam je tapi aku sebab aku boleh buat kerja lain lagi macam tengok korea heheh , yelah sepanjang belajar sem 2 aku tak layan satu pun korea so bila cuti ni je lah boleh layan korea. Selain dari kerja , aku buat jugak bisnes suka suka , aku jual choco jar je walaupun takde permintaan sangat aku suka sebab kurang kurang aku cuba . Harap-harap lepasni lakula . Insyaallah ada rezeki . Sekarang aku jugak cuba untuk berpuasa sunat bulan zulhijjah , since aku dah dapat peluang untuk puasa hari pertama sampai akhir so aku try la . Setakat ni bertahan la tiga hari , semoga aku bertahan sehingga 9 hari dan mendapat barakahnya . Next plan yang dah lama ada dalam fikiran aku dan aku belum buat ialah nak masuk kursus Tuan Nobisha tapi aku belum memulakan langkah pertama sebab aku masih berkira kira untuk invest money for this thing . Actually kan bila bab belajar ni sepatutnya kita tak boleh berkira tapi aku kena tengok jugak kewangan aku sekarang . Insyaallah tak bulan ni , awal bulan depan aku cuba untuk masuk jugak kursus tu sebab aku nak try adapt dengan aktiviti-aktiviti yang aku kena buat . Setakat ni je lah cerita aku kalini , semoga Allah permudahkan urusan kita semua . Jangan lupa senyum ya 😊.



Hari pertama short vacay . Seronok jumpa kawan lama

Mandi di Bukit Kudung

Bergambar sebelum balik rumah masing-masing.

Photographer jadian hehehe

Terima kasih kawan-kawan untuk kenangan dua hari bersama . Dua tahun jugak bersama suatu ketika dahulu

Kerja part time . Time ni sepupu hantar makanan untuk buka puasa terus suruh dia ambik gambar untuk kenangan 

Edit before upload at 11.8.2020 9.43 PM SELASA 

* Sorry semua sebab aku busy gila sepanjang kerja ni kadang terfikir busy apa pun tak tahu . Aku baru dapat update artikel bulan 7 pada harini sebab ada kekangan masa dan internet . So aku nak update sikit apa yang jadi . Aku masih kerja part time 4 jam sehari setiap hari tanpa cuti , yang puasa zulhijjah tu aku berjaya puasa 7 hari sahaja sebab takde makanan nak sahur dan takde orang nak supply makanan untuk aku buka puasa masa waktu kerja sebab time kerja sebenarnya takleh makan dan tak boleh bawak makanan . Dah nak masuk pertengahan bulan 8 aku masih belum masuk kursuS tu sebab aku takde internet yang kuat untuk masuk kelas tapi aku teringat yang aku masih dapat internet satu gb tu so insyaallah aku akan masuk dalam masa terdekat . Yang jual choco jar tu alhamdulillah dah habis stok pertama dan aku dah restock untuk kali ke dua hehe . Doakan aku dipermudahkan urusan dan murah rezeki ye . 

Apa apa yang korang rasa berkaitan dan ingin tanya terus komen kat bawah ye . Hehe

 

Comments

Popular posts from this blog

Kemudahan di universiti yang perlu dimanfaatkan #UUM #2

4 Step Basic Skincare Routine #5

Tips Isi UPU #1