Life is too short ... #9


29/9/2020

Selasa 10.43 PM

Dalam bilik

Bangun. Mandi. Bersiap. G kerja. Balik kerja . Makan . Tido . Rest

Bangun. Mandi. Rest. Gi kerja. Balik kerja. Tido

Bangun. Mandi. G tolong masak. Tahlil.Tido

Assalamualaikum dan Hai semua. Aku rasa ni la aktiviti aku sepanjang sebulan ni. Bila fikir-fikir balik rasa macam kejap je setiap bulan tu. Contohnya malam ni hari hari terakhir September aku baru nak siapkan content bulan ni memandangkan baru dalam seminggu ni aku bukak latop untuk jangka masa yang lama berbanding dengan waktu yang lain. So untuk bulan ni aku takde tips, hidup aku sendiri kadang-kadang rasa macam tak betul tapi masih okey lah. Aku just nak rumuskan kehidupan aku untuk bulan ni sahaja.

Alhamdulillah first aku nak bagitahu yang aku dah berjaya siapkan  kursus Tuan Norizan setelah dua bulan aku daftarkan diri . Happy sangat-sangat sebab aku ingatkan aku takkan mampu siapkan since aku busy dengan keja lain. Aku masih terfikir nak teruskan dengan kursus lain lagi tapi memandangkan aku akan mulakan sem baru bulan hadapan aku sendiri tak tahu sama ada aku ada masa untuk kursus-kursus lain. Aku mungkin perlu lihat dulu perancangan setiap subjek yang aku ambil sem ni sejauh mana dan membuat keputusan yang tak akan menjejaskan masa dan pembelajaran aku. Semoga kursus ni dapat membantu aku dalam selok-belok ilmu pengurusan di alam bekerja nanti.

Seterusnya ialah Alhamdulillah aku masih bekerja di tempat kerja aku selama 4 jam 6 hari seminggu dan supervisor brand Milano, Kak Mah dan supervisor department tempat aku bekerja, Kak Da dah bagi keizinan untuk aku bekerja pada waktu malam kecuali hari selasa since aku cuti hari selasa. Aku sendiri kurang tahu andai keputusan aku ni tetap atau tidak tetap selagi aku mampu untuk hadap aku akan cuba bekerja sebaik mungkin dan seandainya aku tidak mampu melakukan itu maybe aku perlu meninggalkan kerjaya sambilan aku. Kadang-kadang aku terfikir yang aku tidak boleh terlalu tamak dalam mengejar sesuatu supaya tidak terngadah suatu hari nanti. Harap-harap aku dapat bekerja dengan baik sahaja seperti yang dirancang.  

Selain itu, aku dah keluar dari comfort zone dan telah memulakan simpanan untuk masa hadapan. Semoga simpanan ini dapat membantu aku pada masa hadapan. Azam baru  aku untuk bulan hadapan ialah untuk tak lagi risau tentang kewangan dan kerjaya aku. Sebaliknya hanya mengikut apa yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t untuk aku. Semoga aku memperoleh ketenangan hati dan keberkatan dalam kehidupan. Semoga Allah mempermudahkan segalanya.

Hmm yang seterusnya ialah sesuatu yang baru bagi aku. Genap sebulan yang lepas, aku kehilangan seorang sepupu yang aku rapat , yang aku baik  dan aku menyaksikan setiap pergerakan terakhir beliau menuju ke tempat hakiki yang semua orang bakal lalui nanti . Perkara ni amatlah baru dan mematangkan. Kehilangan yang terasa bagi aku membuatkan aku agak sibuk menguruskan tahlil beliau. Semoga beliau ditempatkan bersama orang yang beriman.

Sedikit sebanyak apa yang terjadi kepada aku bulan ini memberikan kesan dalam kehidupan ini. Namun begitu walau apapun terjadi, hidup perlu diteruskan. Selagi mana masih ada masa dan peluang, kita perlu cuba untuk menghargai orang sekeliling kita. Di samping itu, bersiaplah untuk pulang ke tempat hakiki nanti.

So itu sahaja untuk bulan ni , aku harap korang tak bosanlah dengan cerita aku ni ye .

Comments

Popular posts from this blog

Kemudahan di universiti yang perlu dimanfaatkan #UUM #2

4 Step Basic Skincare Routine #5

Tips Isi UPU #1