Kemudahan di universiti yang perlu dimanfaatkan #UUM #2

This article written on February 17.2.2020

As people know already that I futher my study at Universiti Utara Malaysia.So I want to share some benefits that I get from this university. By having this benefit you can save more money and try something new in this life. So as first year student I do not have much benefits that I know but if I know something new, I will update soon.

1.       Aplikasi Microsoft – Firstly, as we know yang aplikasi Microsoft ni sangatlah penting dalam kehidupan seorang pelajar. Biasanya if kita beli laptop, kedai hanya memuat turunkan aplikasi Microsoft namun kita perlu beli yang sah sekiranya ingin senang dan mudah kerana apabila memiliki yang tidak sah akan menyukarkan untuk menyiapkan kerja. Untuk pengetahuan umum, semakin terkini aplikasi yang dimuat turun akan lebih moden dan senang. Harga Microsoft ini sangat mahal sekiranya dibeli di kedai atau dalam website Microsoft. Oleh itu, UUM telah menyediakan Microsoft yang terbaru dan terkini untuk memudahkan semua pelajarnya menyiapkan kerja secara percuma. Pelajar hanya perlu mendaftar menggunakan e-mail yang pihak university berikan. Penggunaan Microsoft 365 atau Microsoft 2019 akan terus menyimpan kerja setelah selesai. Ini akan mengurangkan kes kehilangan kerja seandainya laptop mati secara tiba tiba. Ini juga lebih mudah berbanding dengan Microsoft sebelumnya kerana kerja perlu disimpan secara manual dan sentiasa hilang seandainya laptop mati. Pelajar yang mengalami sebarang masalah berkaitan dengan Microsoft boleh terus berhubung dengan pihak UUMIT yang sentiasa bersedia untuk membantu pelajar tentang masalah computer.

2.       Tempat belajar yang selesa – Mana -mana university pasti menyediakan tempat yang selesa kepada pelajarnya untuk belajar. Alhamdulillah, di setiap kelas UUM pasti memiliki aircond, fasiliti dan kemudahan yang menyenangkan pelajar. UUM turut menyediakan student lounge di setiap school dan inasis. Student lounge ini mempunyai aircond dan beberapa set computer untuk digunakan oleh pelajar untuk mencari info tentang pelajaran. Turut disediakan bean bag bagi pelajar yang ingin belajar dengan santai. Untuk masuk ke student lounge, pelajar hanya perlu mengaktifkan student card di U-Assist dan hanya scan di luar pintu. Jangan lupa student lounge ialah tempat untuk belajar so jangan bising-bising okay.


3.       Tempat tinggal sepanjang pengajian – Apa yang membezakan UUM dengan university lain ialah menyediakan tempat tinggal sepanjang tempoh pengajian. So korang takyah risau tentang nak cari rumah sewa, nak bayar rumah sewa dah okay. Sememangnya tempat tinggal tu korang bayar tapi lebih senang la kan kerana dah termasuk dalam yuran pengajian. Actually tak banyak university yang menyediakan tempat tinggal , antaranya ialah UKM,UUM dan USM, Tu antaranya yang I tahu but if salah tolong betulkan. Syarat untuk tiada masalah berkaitan dengan tempat tinggal ni korang kena sentiasa aktif dengan aktiviti-aktiviti yang dijalankan di university.UUM menyediakan 15 inasis yang boleh menampung 600-800 orang setiap inasis.

4.       Pengangkutan ke kelas – Selain menyediakan tempat tinggal, UUM juga menyediakan pengangkutan ke kelas iaitu bas yang berjalan sepanjang masa iaitu bermula pada pukul 7.30 hingga 6.00. Di samping itu bas juga berjalan pada waktu malam untuk memudahkan pelajar bergerak ke VMall, perpustakaan, dewan kuliah gugusan untuk aktiviti aktiviti seperti perbincangan kerja kumpulan atau program-program tertentu. Bas yang disediakan juga telah dimasukkan dalam bayaran yuran pengajian so rugila if korang tak manfaatkan apa yang korang bayarkan. Btw, kalau korang nak cepat dan lagi senang, korang boleh je order sapu sebab bersepah sapu di UUM tapi need to pay la .


5.       Harga makanan yang murah – Salah satu yang aku suka di UUM ni ialah menawarkan makanan yang murah dan sedap. Bagi perantauan seperti aku alhamdulilah tekak Kelantan aku boleh menerima semua makanan kat sini, jaranglah makan tak habis walaupun dulu aku terfikir bila masuk university nak diet, bila masuk UUM terus tak jadi nak diet bahkan lagi banyak menambah lemak sebab banyak makanan yang dijual. Duit je yang takde. Kat sini pelbagai makanan yang dijual bermula dari rm2 dan bergantung kepada amaun yang korang amik. Biasa kalau lauk ayam rm3 atau rm3.50 dan lauk telur just rm2 , murahkan .

So apa yang korang nak tahu lagi apa yang ada dekat UUM terus komen kat bawah ni ye . Thank you and have fun :)

Comments

  1. hi , boleh tak saya nak tahu belajar kat UUM berapa lama ? so far rate ouf of 10 belajar di sana ?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

4 Step Basic Skincare Routine #5

Tips Isi UPU #1