Study VS Career #10

 

Selasa 

9.00 p.m

27/10/2020

Dalam bilik yang hampir 80%siap direnovate.

Assalamualaikum dan hai semua. Hehe berjumpa lagi kita dalam blog bulan ke 10. Alhamdulillah dah 10 bulan kita dalam 2020. Tinggal lagi 2 bulan je nak 2021. So bulan ni dah separuh bulan baru aku menulis dan aku sendiri berharap akan ada lah artikel tips yang membantu yang aku boleh kongsikan untuk diri sendiri dan korang semua yang membaca ini.

So far bulan 10 ni amatlah baik bagi aku even kadang-kadang rasa letih sedikit dan menjadikan aku pemarah dan kurang sabar. Kadang-kadang aku perasan benda ni tapi aku sendiri takleh nak kawal diri aku sebab bila dah penat otak pun takleh nak fikir apa dah. Apa yang keluar dari mulut dan badan aku kadang-kadang buat aku menyesal . Entahla kadang-kadang rasa penat dengan diri sendiri .

Sekarang aku dah mula belajar . Yeah second year student here . So hari ni dah habis first week tapi otak aku dah rasa berat macam week 14 dah maybe bila lecturer dah start mengajar dan habiskan topik pertama while aku masih khayal macam takde apa-apa . Harini pulak aku cuti dan aku masih bekerja . Setakat harini aku masih rasa tak terganggu dengan kerja yang aku lakukan dan aku harap aku mampu lakukan hingga ke hujung semester . Kadang-kadang rasa takut gak sebab aku tak pernah jadi multitask macam ni biasanya otak aku ni boleh buat satu kerja je , kalau dah banyak kerja otak jadi berserabut sebab banyak benda nak fikir. Harap-harap takde apelah, disebabkan aku pun macam bercita-cita nak sambung master nanti bolehla kut ambik pengalaman dulu kan . Hahaha insyaallah kalau ada rezeki dan masih rajin ye .

So guys, macam biasa lah tu cerita tengah bulan. Ni cerita hujung bulan pulak ye. Hmmm rasa makin lama makin sendu blog ni sebab dah tak banyak benda yang aku dapat kongsikan unless ceritakan apa yang aku buat dan lalui untuk setiap bulan. Ni pun dah nak hujung bulan aku baru teringat yang aku tak upload lagi blog bulan ni so aku nak settlekan lah harini jugak since masih ada masa ye. So far aku dah masuk week 3 dan kesibukannya dah terasa ye sebab dah kena buat dan submit banyak sangat kerja. Tu bukan part kena hadir banyak talk even sekarang online class pun still kena join talk from mana mana komuniti ye. Ya , aku masih lagi bekerja dan makin lama aku makin sayang nak tinggal kerja sebab dalam banyak-banyak kali aku kerja . Herher padahal baru tiga kali je weh tapi kalini la aku rasa okay dan happy yang aku kena hargai sebab kita tak tau apa yang kita akan lalui masa hadapan ye . Aku dah luahkan benda ni dekat twitter tapi aku nak beritahu sekali lagi tentang pendapat aku sepanjang aku bekerja. Kalau korang tanya aku di antara salary, work environment, career growth dan distance from home, yang mana lagi aku utamakan. Aku cerita ni based on pengalaman aku kerja la. Kalau dulu masa mula mula nak kerja, yang aku fikir ialah gajilah sebab kerja nak duit je time tu . Sekarang pun sebab nak duitlah jugak kerja macam takde hari esok tu tapi bagi aku la kan untuk sekarang, aku pilih work environment lah yang nombor satu ,career growth, distance from home dan salary lah yang paling last . Aduii yakin betul salary paling last. Nanti aku ceritakan kenapa aku pilih macam tu dan harapnya andai ada orang yang lebih bijak dari aku baca ni dan boleh bagi pendapat aku terima je.Satu , aku pilih work environment ialah sebab sekarang aku ada teammates yang sangat baik dan membantu ye. To those yang baca ni you know who you are. Thanks for being a great friend for me . Teammates ni la yang buat aku tak nak berhenti kerja walaupun masih ada benda yang aku tak suka dekat situ. Teammates jugak yang menceriakan hari aku walaupun aku sibuk dan penat kalau ikutkan dengan role student, anak perempuan, kakak dan kawan yang aku pegang ni. Aku tak pernah rasa malas untuk pergi kerja atau tak semangat yang disebabkan hubungan aku dengan orang. Malas sebab tak nak bangun pagi ada la hahaha. Aku berharap hubungan yang kita buat hari ini akan berkekalan buat selamanya . Kedua, career growth. Walaupun benda ni aku takde dapat pun dari company yang aku kerja sekarang tapi andai aku diberi pilihan inilah antara yang aku mahukan sebab bagi aku belajar untuk teruskan pekerjaan tu perlu sangat. Walaupun aku selalu jugaklah observe dengan perhatikan apa yang aku lalui dan relate dengan apa yang aku belajar. Alhamdulillah tak sia sia kau amik program ni walapun orang duk kata macam macam. Apa apa pun abaikan benda benda yang tak baik dalam hidup kita. Next ialah distance from home. Sekarang tempat kerja aku sangatlah dekat ye. 10 minit je dari rumah. Kalau dulu tempat aku kerja almost 20-30 minit ye. Bagi aku jarak pun memainkan peranan penting lah jugak melibatkan masa kita nak bersiap, nak pergi kerja lagi, waktu balik lagi. Kalau jarak dekat, masa pun jimat, minyak motor pun jimat hihi haha . Kalau jarak jauh , ambil banyak masa sikit then minyak motor pun berganda lah juga ye. Tu bukan part nak balik kerja malam punya la takut nak motor laju laju yang boleh bahayakan nyawa. So kadang kadang bila nak kerja ni kena fikir jugak jarak ye. Kalau nak kerja part time sebulan nak kena hadap tu tetiba rasa lama . Apatah lagi kalau tiba tiba dapat offer untuk sambung lagi jadi kena fikirla jugak. The last one is salary lah kan. So far sepanjang aku part time ni walaupun di tempat yang sama, tetap berbeza company dan lain lain bayaran ye. Alhamdullilah company ni yang paling mahal dan buat aku rasa ada value dan worth untuk bekerja . Sebenarnya kalau ikutkan susah nak bandingkan sebab before this aku kerja 8 jam dan sekarang pulak 4 jam je. Kalau ikutkan keseluruhan yang 8 jam tu lagi mahal lah kan tapi dari segi jam tu yang sekarang paling mahal . So nasihat aku untuk orang nak bekerja part time atau nak kerja tu fikirla value korang dalam bekerja . Make sure gaji makin meningkat atau masih relate dengan keadaan kita bekerja . So setakat ini lah perihal tentang kerja dan study aku. Aku sangat seronok ye if boleh ceritakan pengalaman aku ni semua sebab pengalaman yang menjadikan aku mampu berfikir matang. Terima kasih untuk semua rezeki dan pengalaman yang mahal ini Ya Allah.

 

So , korang pernah kerja atau nak kerja ? Komen la sedikit pengalaman korang based on topik ni .

Comments

Popular posts from this blog

Kemudahan di universiti yang perlu dimanfaatkan #UUM #2

4 Step Basic Skincare Routine #5

Tips Isi UPU #1