Curhat #1 #PART2

 11.00 pm

Dalam bilik

Hidup perlu positif!

Assalamualaikum dan Hi guysssss, macam biasa la nak story mory sikit la apa yang jadi dekat aku sepanjang bulan 10 hingga 1 ni. Tiber dah tahun baru hahahaha. So far everything still good. Kita positif selagi masih ada nyawa dalam diri. Dah lama gila aku tak menulis kut. Aku rasa aku stop sebelum aku mula busy masuk semester 3 kut. By the way sekarang aku dah hampir habis semester 3 dan ada dua subjek masih belum settle assessment tapi takpelah ada masa ni catch up sikit sambil curhat our life la kejap ye.

First ialah progress belajar aku lah. Since keutamaan aku sekarang ialah belajarkan. Part belajar ni everything memang okay for this sem. Kelam kabut sikit sikit tu biasalah dah namanya student kan. Banyak benda baru yang aku belajar walaupun ada yang banyak aku tak faham. Kadang kadang aku rindu nak belajar secara face to face sebab nak pakai cantik cantik, tunggu bas, jalan jalan area dkg, rehat kejap then sambung kelas lagi, makan dan tidur after kelas hahahah. Kalau ada masa atau rajin sikit kita pergi jogging untuk hilangkan stress dekat pusat sukan atau tasik. Malam kita g cari makan, then main main lepastu orang dah nak tidur kita baru nak buat kerja. Aku rindu roommate aku, kawan-kawan aku, budak kelas aku dan member member group assignment yang baru. Untuk sem ni aku mostly memang tak kenal sape budak group aku tapi alhamdulillah semua membantu dan sangat bagus la, cuma yelah mesti still ada group assignment yang tak sekepala, lambat respon, tak ambik tahu dan tak buat kerja. Benda-benda ni ujianlah buat kita tapi takpelah insyallah Allah s.w.t bantu kita nanti. Untuk sem ni aku rasa agak rilek dan chill berbanding sem lepas maybe sebab kita dah biasa dan faham rentak berbanding dengan sem lepas agak susah dan tak mampu memahami. Semoga apa pun pilihan university sama ada nak online class atau face to face class aku harap semuanya dipermudahkan. The things yang aku nak buat bila dah boleh face to face nanti ialah aku akan take more pictures la dekat u sebab aku memang jarang ambik gambar.

So next, kita bercakap pasal kerjaya sampingan aku ni. Sekarang quite sedih jugak sebab negara Malaysia semua negeri mostly buat PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN lagi jadinya aku perlu la cuti kejap dari dua minggu dah jadi tiga minggu dan mengikut perkiraan aku maybe akan tambah lagi sampai trend kes menurun. Yang sedihnya, pkp macam tak pkp tapi entahlah takleh nak cakap apa dah. Aku mulakan menulis disebabkan Covid-19 dan hingga ke saat ini Covid-19 belum lagi hilang dan selesai. Kita masih belum menang dan kita perlu habiskan perjuangan ini. Apa-apa pun kita jaga kita, rakyat jaga rakyat. Selagi mana kita belum menang, kita masih perlu jaga diri kita dan orang lain. Kerana pkp ni jugaklah aku ada masa untuk menulis, kalau tak maybe aku dah tidur keletihan dah. Kalau kelas masih bersemuka aku berfikiran maybe aku akan sambung kerja lagi tapi kalau dah tak boleh maybe tak dah kut. Tengoklah macam mana nanti. Aku berfikiran nak cari kerja lain kejap sebab tak biasa dengan tak buat kerja dan tak dapat gaji ni tapi aku tertanya sape la nak hire aku kalau dah semua tak mampu nak survive dengan PKP ni. Takpe la kita rehat jap dan tengok progress macam mana nanti. Harap-harap ada berita baiklah untuk kami yang cari makan ikut gaji hari ni.

So far sekarang memang aku rileklah since exam pun lambat lagi, assignment yang nak kena baiki pun tak dapat lagi. Then aku ada buat lesen dan tempat buat lesen pun tak bukak lagi. Aku rasa masa tu punya la panjang sampai aku bangun lambat pun aku still taktau nak buat apa dalam hidup ni. Aku pun dah mula next class dengan Tuan Nobisha untuk tambah ilmu. Next nak survey tarikh program bawah UUM untuk join, boleh tambah ilmu sikit-sikit pun jadi ler.

So aku doakan sape sape yang baca blog ni dipermudahkan urusan sepanjang pandemik ni. Walaupun diuji pastikan akan ada kemanisan dalam setiap ujian yang diberikan. Semoga kita semua dilimpahkan keberkatan dalam hidup. Amin Ya Rabbal Al Amin.

Actually, hari ni jugak aku kehilangan nenek kawan aku di mana yang dah jaga aku dan buat baik dengan aku. Doakan nenek kawan aku ditempatkan bersama orang-orang yang beriman ya.

Comments

Popular posts from this blog

Kemudahan di universiti yang perlu dimanfaatkan #UUM #2

4 Step Basic Skincare Routine #5

Tips Isi UPU #1