Curhat 2 #PART 2

 

Assalamualaikum dan Hai semua .

11.20 p.m

Khamis

Dalam bilik

Koranggg , aku dah habis first week untuk sem 4. Harini jugak ngam-ngam setahun Perintah Kawalan Pergerakan. Lama gila kut aku tak menulis since bila entah, aku sendiri lupa. Ni pun aku ada masa sikit sebab bosan tak tau nak buat apa tengah nak weekend ni kan so aku bukak la laptop dan terfikir lama dah kut tak menulis blog. Aku rasa macam tak produktif betul sebab duk share hal aku je takde pun share tips ke apa. Nanti insyaallah aku siapkan content content tertentu. Kena bertapa dulu untuk cari mood.

So aku nak cerita la sikit progress tentang diri aku untuk sebulan dua ni, kemana aku pergi, apa yang aku buat. So sepanjang cuti semester selama kira kira 5 minggu ni aku ada lah bersukan sikit petang-petang kat umah, then aku start kerja balik lepas kedai pakaian boleh beroperasi, aku ada pergi kelas memandu jugak. Now baru habis part litar nak masuk jalan raya tapi aku still tak pandai bawak kereta . Aku sendiri tak tahu kenapa, kadang kadang aku pelik kenapa orang boleh bawak kereta dan aku still tak dapat bayangan lagi. Nak cerita pasal lesen memandu ni macam macam perasaanlah ada. Sedih ada lucu pun ada but everything semakin okay. Selain itu, aku masih lagi kerja dan kalini aku sendiri taktau sampai bila aku kerja. Selagi mana aku boleh kerja selagi tu la aku kerja. Kalau dah rezeki kata sampai situ, mungkin ada banyak benda yang lebih baik untuk aku. Sekarang aku jadi anak tunggal dalam family aku sebab adik-beradik aku duk luar negeri semuanya . Rasa sunyi je tapi seronok hahaha. Rumah aku ni ada 50 orang pun tetap sunyi. Sedihkan bunyi tu tapi apa-apapun asal kita gembira tak apelah .

Sebulan dua ni pun mood aku okay saje, cuma kadang kadang bila dah sampai bulan tu biasalah kacau bilau jugak. Aku sebenarnya dalam proses self reward sebab ada beberapa kejayaan yg aku dapat capai sepanjang bulan ini. First ialah aku khatam al-quran setelah dua tahun ye. Punya la pemalas makin besar ni tapi Alhamdulillah mukjizat terbesar tu aku tak tinggalkan dan masih mengamalkannya. Aku berharap sampai bila pun Al-quran tu akan ada di sisi aku. Seterusnya, aku sempat habiskan kelas online dengan Tuan Nobisha. Kelas yang aku akan masuk setiap kali cuti. Alhamdulillah banyak ilmu-ilmu yang aku dapat dari kelas ini. Kelas ni lah yang akan membantu aku dalam kehidupan nanti tak kiralah sama ada belajar, kerja atau lain lain yang berkaitan. Kalau sempat cuti nanti aku akan masuk satu kelas lagi untuk lengkapkan tiga kursus bawah Tuan Nobisha. Harap adalah rezeki aku nanti. Ketiga pulak aku dah dapat result awal bulan tiga haritu Alhamdulillah memuaskan bagi aku dan aku rasa aku layak untuk self reward walaupun macam mana result aku sekali pun sebab banyak yang aku tempuhi susah senang sepanjang belajar sambil bekerja. Terima kasih untuk pensyarah dan kawan-kawan yang banyak membantu aku sepanjang sem 3. Tanpa diorang semua takdelah aku yang kuat semangat hari ini. Last ialah bulan kelahiran aku dan lagi dua hari nak hari jadi aku so aku tak nak stress stress . Kalau boleh nak enjoy je sepanjang masa. Cara aku self reward ialah aku beli apa yang aku nak beli, aku makan apa yang aku nak makan dan aku buat apa yang aku nak buat tanpa aku fikirkan tentang orang nak kata apa. Dan akulah manusia paling gembira sekarang ini .

Setakat inilah dulu , nanti kalau ada masa aku sambung lagi .

 

Korang dah happy ke belum ?

Comments

Popular posts from this blog

Kemudahan di universiti yang perlu dimanfaatkan #UUM #2

4 Step Basic Skincare Routine #5

Tips Isi UPU #1