Curhat Pertama Tahun 2022 #Part3 #1

 10.50 p.m

8/8/2022 Isnin

Di dalam bilik selepas hujan . 

Assalamualaikum semua , lama gila tak menulis korang . Like its been one year . Apa la I dah buat one year tak menulis . Maybe I should reflect what happen in one year . Okay I cuba ingat I stop menulis lepas I main Litmatch , then bulan 8 I still main Litmatch , Bulan 9 I start kerja balik astu I start sem 5 , I masih bekerja sambil belajar . Bulan 11 I berhenti kerja dah . Bulan 12 I pergi trip 4 buah negeri tu . Then I kerja sampai hujung bulan 12 . Bulan 1 tahun ni I focus on sem 5 then I pergi KL . Hujung bulan 1 I pergi trip PD-Melaka dengan my family . Then bulan 2 I buat part time lagi . Bulan 3 focus on my license and I dapat license . Bulan yg sama jugak I jual Ipad dan beli Iphone . Bulan 3 jugak I settle down untuk masuk kampus dan kelas secara bersemuka and you know what seminggu yang lepas I finished my year 3 . Hmmmmm sejujurnya masa I start this blog I masih pelajar semester 1 . Rasa tak bernafas memikirkan what happen to me this past year . Alhamdulillah I am doing great eventough banyak kisah suka duka yang jadi . 

Now I think my life quite stable . Banyak benda yang I boleh fikir secara matang . I know how to control myself . I takde gaduh dengan orang secara over . I tak expect banyak benda dari I dan orang lain jugak . I just follow the follow . I let both happiness and sadness to my life . Semoga semuanya sentiasa baik baik sahaja . 

The reason why I come here again hmmm of course la sebab I bosan . Ye lah for the first time I tak kerja sepanjang cuti sem. Until now I still did not secure any job . I ada la mintak then ada save iklan kerja kosong but still thinking about it . I actually still berbelah bahagi sama ada nak kerja atau tak since I am thinking to spend time with my family , friends , relatives and everyone I loved . I nak masa yang fleksibel . I nak spend masa dengan my family without any interuptions and I am always available for them . You know la bila kerja memang takkan ada banyak masa boleh spend dengan dorang .  Tapi tulah the pro and cons ialah ada duit dengan takde duit . Sometimes I terfikir susahnya hidup jadi I tapi tulah bunyi macam tak bersyukur dan kalau boleh I tak nak la bercakap macam tu . 

Setakat ni I cuba untuk bertenang dan spent time betul-betul . Bab duit I cuba berjimat as I can . Dari segi pakaian memang I try avoid beli dan I cuba berjimat cermat as I can . Harap-harap dan la duit tu dan I boleh bertahan sampai next duit pinjaman masuk . Camtu laaaa . Tu cerita bab duit . 

Bab masa ni memang I ada banyaklah masa right now sebab tak kerja kan . Tapi I still takleh plan anything and fikirkan goals yg I nak sepanjang cuti ni . Maybe otak I masih terfikirkan kerja atau somethinglah . Maybe lagi 2-3 hari otak I boleh relocated balik dan fikir semua dengan baik . I harap semua went well la . Btw how about you guys ? Korang kerja atau bercuti atau camne ?

Comments

Popular posts from this blog

Kemudahan di universiti yang perlu dimanfaatkan #UUM #2

4 Step Basic Skincare Routine #5

Tips Isi UPU #1