Hatyai Childhood Trip 2022 #Izztravel #Day1

Assalamualaikum and Hi guys .Harini aku ada cerita syokkk nak ceqhitaa kat hampa semua . So last month aku dan kawan kawan aku pergi trip ke Hatyai .Kami namakan trip ni sebagai trip #HatyaiChildhoodTrip . Trip ni melibatkan separuh dari kawan aku masa masih kecik . Lima orang yang follow trip ni which is aku , adik aku Nora dan 3 orang lagi sdara aku jugak iaitu Sarah , Pikah dan Milah. . Trip ni kami rancang awal sebulan dari tarikh kami pergi . Trip ni jugak merupakan trip bajet sahaja iaitu bajet kami sebanyak RM400 seorang .
Trip ni bermula dari kami menempah hotel untuk kami tinggal di sana lebih kurang 3 hari 2 malam . Kami memilih Sakura Budget Hotel . Kos hotel adalah sebanyak Rm300 untuk 2 bilik. Setiap bilik disediakan 2 katil , 1 heater , 1 peti sejuk , 2 tuala , 2 air minuman . Kami add on satu set tilam dengan bayaran 200 baht (rm25) *harga ni dah sekali dengan bayaran Rm300. Untuk set tilam tambahan ni kami dapat lagi satu tuala , 1 air , 1 tilam bersama dengan katil lipat . Bilik yang kami dapat ni turut menyediakan aircond dan beranda view pokok pisang . Ni view yg kami dapat la . Quite murah la kan since untuk seorang just bayar RM60 je untuk 3 hari 2 malam . Receptionist dekat sini very welcoming , semuanya baik dan helpful . Paling senang ialah ada seorang akak receptionist orang melayu je dan boleh cakap melayu so senang la nak berinteraksi antara satu sama lain . Dekat hotel ni jugak dia ada sediakan tuktuk untuk bergerak kemana kemana . Boleh booking awal dan bayaran yang ditawarkan sama je dengan grab atau tuktuk lain .
Perjalanan hari pertama kami bermula pukul 6.30 pagi kami bertolak dari Tumpat ke ICQS Rantau Panjang . ICQS Rantau Panjang turut dikenali sebagai Imegresen Rantau Panjang . Pukul 7.45 kami sampai ke ICQS Rantau Panjang . Pukul 8.00 pagi pengawal mula buka pagar dan kami terus ke laluan pejalan kaki .Dapat je masuk kami terus beratur dan cop borderpass . Then keluar je kami terus berjalan lebih kurang 1 kilometer melintasi Sungai Golok terus masuk ke ICQS Sungai Golok . Dekat sini korang kena isi travel insurans . Boleh mintak dengan akak yg jaga tu isi sendiri kalau ada pen . Kalau takde pen korang kena suruh orang situ isi dan ada bayaran caj la . Kat sini maybe kena beratur lama sikit . Then terus beratur untuk cop borderpass , cap cari dan tengok kamera . Settle je korang boleh check beg kalau barang korang banyak sangat , kalau tak biasa dia lepas cam tu je .
Then korang boleh bergerak ke stesen kereta api Sungai Golok . Dekat sana nanti banyak pakcik motor yang akan tanya korang nak kemana . Masa kami pergi dulu pakcik tu ambik bayaran RM7 duit Malaysia untuk ke sana . Kami try kawtim RM5 pun tak boleh since duit ringgit dah murah sekarang . Sampai je stesen kereta api Sungai Golok , kami terus beli tiket ke Hatyai . Tiket kereta api ke Hatyai untuk 5 orang hanyalah 210 baht je which is lebih kurang RM25 . Sangat murah tapi keadaan dalam kereta api kurang senang untuk orang yg senang . Bagi kami yg agak adventurous dan boleh hidup susah ni memberi pengalaman baru laa . Kereta api ni dari dalam diperbuat dari kayu . Kedudukan 90 darjah je takleh nak setting seat . Panas dari luar. Jendela tak tutup ye . Memang semua manual dan old skool . Perjalanan 5 jam terasa amat panjang ye . Banyak perhentian dan bunyi masa bergerak tu sangat bising . Dalam ni ramai orang dtg menjual makanan dan minuman macam air , colek pauh , jagung bakar , jajan dan apa lagi aku dah lupaaa . Kami bertolak pukul 9 pagi sampai pukul 2.45 petang . Sampai je ke stesen kereta api Hatyai , kami di follow oleh gang gang tuktuk . Depa duk paksa kami naik tuktuk sedangkan kami taktau lagi nak g kemana . Hotel yg kami pilih lebih kurang 1.5 km . Kami expect nak jalan kaki je mula mula tapi kami takde internet so kami tak boleh tengok maps . Then dari sini aku perasan ada seven eleven mini mart . Aku pergi tanya berapa simcard dekat sini . Just 150 baht (RM18) so kami decide beli sini terus order grab untuk ke hotel . Perjalanan kami baru separuh tapi semua dah nampak barai time ni .
Sesampai je kami ke hotel terus check in , mandi dan bersiap untuk memulakan perjalanan ke destinasi pertama . Destinasi pertama kami ke Central Festival . Dari hotel kami order grab lebih kurang 130 baht . Ccentral Festival ni shopping complex dekat Hatyai . Ada Mr Diy , ada Charles and Keith , H&M , Uniqlo dan banyak lagi . Lebih kurang Sogo atau Times Square kalau dekat Malaysia . Dekat sini kami makan dekat food court dia since daripagi kami tak makan berat . Dekat sini pun kami makan sekadar nak alas perut since next destination baru kami nak makan . Kami makan nasi phaphaokraw , keuewchap , sotong kurita . Kat sini jugak kami minum air coklat kat kfc . Air coklat dia siap ada sukatan weii . Memang sedap teroxxxxxx . Kami jalan jalan area Central Festival tu . Kami pergi nama kedai beauty apa ntah , Barang makeup dia murah gila weeeii . Dia cam Watson guardian gitu laaa . Dekat sini jugak kami singgal mr Diy untuk beli plug kaki dua . Korang digalakkan untuk bawa extension dekat sana lagi senang boleh sambung je dekat plug kaki dua tu . Pukul 7 malam je kami terus jalan kaki ke Asean Night Bazaar , jalan lebuh kurang 1km juga . Asean Night Bazaar ni ada jual kasut , pakaian tapi aku perhati harga dia standard harga Malaysia je . Astu kami terus naik atas untuk makan . Asean Night Bazaar ni makanan sangat murah dan banyak yang halal . Antara makanan yang kami beli nasir air kaki ayam , pancake Nutella , kuew tiaw tomyam , udang dan air soda 3 jenis . Semuanya sedap . Tomyam dia kick gila susah nak jumpa rasa tu dekat Malaysia . Then kami siap je makan terus bergerak ke Makro .
Makro ni aku boleh bagi gambaran macam pusat borong . Barang yg dijual mostly dalam bundle dan murah ye . Ada semua barang la even barang mandi , makanan dan macam macam lah . Dekat sini kami beli bedak Pond yang famous tu . Settle je pusing Makro kami book Grab ke Hotel 70 baht je tapi kami mintak dia berhenti dekat Seven Eleven berdekatan then kami jalan kaki je ke hotel . Begitulah kisah hari pertama kami di Hatyai . Untuk sape sape yang nak tengok cara naik kereta api dari Sungai Golok ke Hatyai dan suasana dalam kereta api Thai boleh tengok dalam Tiktok akaun @Izzhnawi

Comments

Popular posts from this blog

Kemudahan di universiti yang perlu dimanfaatkan #UUM #2

4 Step Basic Skincare Routine #5

Tips Isi UPU #1