Curhat Pertama Tahun 2023 #Part4 #1

Dalam bilik 9.33 p.m. Sabtu Assalamualaikum and Hi everyonee hahaha acah je selalu macam ramai yang baca gitu . Lama giler weh tak update mende alah ni actually sampai terfikir am I too happy with my life sampai dah lupa benda ni or am I too busy for this right now hahahah . Dulu asal sedih je mula menulis , asal produktif je mula menulis tapi skrg macam tak sempat noh . Duk ingat template cara-cara tulis blog ni rupanya ni tahun ke-empat dah cubaan untuk menulis tapi tulah berapa kerat je penulisan yang ada sebab sis is tak rajin dan tak konsisten ye . Hmmmm #pemalas problems actuaally . Takpelah kita update je semampu yang boleh ye . Harap-harap makin rajin la update lepasni . So apa update sepanjang 2023 ni yeeee . Hehehe actually a lot of things happen ya either good or not alhamdulillah for everything that happen . Seingat ioolls permulaan tahun 2023 ialah di Ipoh ye I pergi Starvendor dekat Stadium Indera Mulia . Seterusnya balik UUM untuk habiskan kelas-kelas terakhir dan moment sebagai student . Seterusnya balik Kelantan for my cousin wedding during chinese new year . Then balik UUM semula untuk exam dan balik Ipoh for the gap and balik UUM for last paper and last day at UUM . I still remember tarikh last day at UUM ialah 20.2.2023 . Then by the time cuti sem before I started my internship I pergi travel banyak tempat ye . Antaranya trip ganu with my cuzzy , then I pergi Ipoh balik untuk habiskan cuti and ikut maksdara hantar sepupu pergi UITM Jengka . Oh tak lupa I also went to Taiping ye teman sepupu . Memang masa tu rasa muntah jalan-jalan tapi okayla since bila internship memang tak sempat nak berjalan dah . Alhamdulillah sejak duduk Kelantan my life felt better and full with love la . Cuma ada la sikit-sikit teringat what happen at Kedah tapi takpela benda pun dah lepaskan . Lepas sebulan lebih gak bercuti I mula intership dekat salah satu pejabat kerajaan negeri iaitu Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan , also known as PKINK . Actually masa nak intern je baru tahu ada company ni. Todays mark 7 weeks dah intern dekat sikit . The work environment so good for me yang intern ni . Staff at my department very kind , pemurah dan chill lah . Even my boss and supervisor pun sangat nice ya . Kawan-kawan intern pun sangat closed , ramah dan baik ye to each other so quite happylah . And nak ceghitaaa apa lagi yaa . Hmmm actually I felt tak productive sikit towards my own development . Rasa macam taktau apa tak belajar apa lately . I jugak tengah mencari kerja dan duk risau pasal my life after habis internship ni actually. Semoga Allah s.w.t permudahkan kehidupan Nurul Izzah dan rakan-rakan pada masa akan datang . Semoga berjumpa lagi pada masa akan datang heeeeeehee.

Comments

Popular posts from this blog

Kemudahan di universiti yang perlu dimanfaatkan #UUM #2

4 Step Basic Skincare Routine #5

Tips Isi UPU #1