Curhat 3 #Part2

 

9.25 pm , Selasa

1.6.2021

Dalam bilik penuh kesunyian

Assalamualaikum dan hai korang , rindu gila nak menulis dan jadi aktif balik, sepanjang dua bulan ni memang I quite busy. Hehe dah tetapkan yang nak gunakan I untuk interact dengan korang sebab tak nak terlalu kasar atau terlalu sopan hehe. So malam ni I nak story mory la sikit apa yang jadi dengan I for this past 2 months sebab last I update ialah masa bulan 3 gittew. Actually masa tu I baru habis first week untuk new semester but harini dah week ke 11, berbaki 3 minggu je lagi nak habis semester 4. Cepatkan masa berlalu, I teringat dulu masa I jadi freshie dekat U, I selalu tengok senior melalui beg diorang sebab dekat UUM every intake akan dapat beg warna lain jadi boleh cam la dia intake berapa sama ada freshie, junior atau senior. I adore dengan diorang sebab boleh kekal dekat U sampai semester akhir sebab I rasa duduk U ni sangat susah dan selalu fikir camne if I takleh habiskan. Now I dah jadi separa senior aje la tapi tulah apa kenangan dalam U pun I takde. I ni ibarat takde beza dengan freshie yang baru masuk. If diorang sesat nak masuk kelas, I pun pasti akan melalui benda yang sama .

So harini really awal bulan Jun ye, dan seperti yang diketahui dekat Malaysia dah bermula lockdown selama dua minggu. Jadi sekarang I hanya online class dan tak kerja dah buat sementara waktu sebab dekat pasaraya, pakaian tidak dibenarkan untuk menjual dan harus ditutup. Actually I pun nak rehat kejap dari kerja sebab sekarang tengah minggu yang sibuk untuk student U kan. Haritu masa midsem break dan musim bulan puasa memang I pulun kerja kaw kaw sebab sales tengah banyak sampai letih gila sebab U pun banyak kerja masa tu memang penat, letih campur nak nangis je selalu tapi Alhamdulillah sekarang dah rilek sikit dan boleh la rehat kejap. Pasal kewangan tu kita kena pandai pandai la urus duit dengan kurangkan perbelanjaan kejap. Harini most student U happy sebab kerajaan ada bagi duit rm150 untuk e-belia so ramai dah claim dekat Shoppepay dan dah habis pun shopping. Then I pun ada claim jugak tapi belum dapat sebab pagi tadi baru claim so dia ambik masa la sikit untuk nak verify semua tu. Harap harap duit ni membantu la sikit sebab sekarang banyak barang mahal. Once dah dapat duit rm150 ni terubat la sikit duit yang I guna untuk purchase beli ink printer. Mahal betul ye ink printer sekarang sampai range harga rm 54-rm60 untuk Hp680 yang I guna tu. Last I beli dekat u ink printer yang sama masa tahun 2019 pun baru rm35. Memang fikir banyak kali la sebelum nak purchase tapi fikir dah benda nak guna buat camne kan tetap la kena beli jugak even takde duit .

Next I nak curhat my feeling right now. After raya then cuti tak kerja ni I ada banyak sangat masa terluang dan I kan jenis kalau duk rumah je I memang akan duk membuang masa tak buat apa sebab tu I kena gi kerja sebab sekurang kurangnya ada manfaat yang I akan dapat haritu cause I go to the work. Lepastu nak kata I spend masa untuk study pun I try banyak kali untuk study kalau I ada masa free I end up main phone, tengok tiktok, main ig dan twitter semua tu. I sejenis yang memang suka buat kerja last minute then I end up menyesal. Macamtu je dari dulu memang takleh nak ubah dah. Even I kata I nak study I akan bawak kertas tu g mana mana tapi I tak baca pun, just pegang semata mata. Bila I nak baca pulak dia memang takkan masuk atau takleh terima awal awal dia kena last minute baru cepat masuk. Macam harini I ada je banyak kerja nak kena buat contoh macam hafal Hanzi, then buat bina ayat tapi I tak rasa nak buat selagi tak last minute. Untungla some of my friendS yang selalu buat kerja awal. I nak sangat jadi macam tu.

Then I nak cerita lagi pasal ibadat I, sekarang I jadi lemau, malas dan tak bertenaga sangat. I banyak merenung, duk fikir bukan bukan, end up tidur lepastu letih. I tak enjoy dengan hidup I sebab biasanya I akan kalut dengan nak pergi kerja semua then balik kerja kalut buat kerja U pulak. Hmmmm sekarang yang online class pun I dah lemau nanti habis kelas taktau la apa nak jadi dengan I. Sekarang pun I jenis nak kelas habis cepat, tak nak involve dengan any discussion in class, nak duk senyap je . I akan suka if takde kelas. Bila tengah malam I susah nak tidur bila pagi I susah nak bangun tido. Ni benda yang paling I tak suka.

Then sekarang pun ramai orang tengah busy dengan kerja masing-masing so I pun jarang contact dengan orang sebab tak nak kacau diorang. I takleh nak jumpa orang sebab nak avoid any contact since kes hari -hari dah beribu kan so tak nak la jadi close contact ke apa. I memang rasa hidup I sunyi habis taktau nak buat apa, nak sibukkan diri dengan kerja malas, nak contact orang takut ganggu diorang, nak jumpa orang takleh. Memang I boleh jadi gila kalau tak bercakap dengan orang. Sekarang pun bila petang je I akan keluar rumah untuk tengok orang untuk kekal kewarasan hidup. I takut lama lama duk dalam rumah tak interact dengan orang I akan jadi depress dalam tak sedar. For me , my mental health is really important. I tak kisah I tak berapa pandai, tak cantik, tak attractive yang penting I masih normal . Tu je yang I nak. Sama la jugak, I really tak kisah harta I tak banyak, kerja I tak hebat tapi as long as I can meet people, have a good relationship with human, ada duit sikit sikit nak makan nak enjoy dah cukup dah untuk I. Sebenarnya ni buat I tiba tiba nak menulis sebab I takleh nak meluah dekat orang sebab sekarang semua busy  buat hal masing masing. My cousins ada banyak kerja diorang, my friends busy dengan study diorang , my family pun buat hal masing-masing so dekat sini I rindu nak gi kerja sebab dekat tempat kerja je I boleh talk with another people even tak cerita pasal kehidupan I tapi boleh bercakap isu isu lain. I harap Lockdown fasa pertama merangkap pkp 3.0 akan berjaya melandaikan graf covid dan berakhir dengan secepat mungkin. I want to end this pandemic. I nak have fun with my cousin, my friend. I nak jadi bertenaga balik. I nak enjoy dengan kehidupan sebenarnya university bukannya stuck dalam bilik rumah I selama bertahun tahun untuk online class . I bukan tak bersyukur dengan apa yang I ada, maybe akan ada yang kata I beruntung sebab ada bilik yang lengkap untuk online class, takde sebarang masalah untuk akses internet. I just nak kepelbagaian dalam hidup dan explore more. Orang gila pun I rasa tak nak hidup setempat je sebab tu kita boleh tengok diorang boleh pergi merata rata .

By the way itu je la I nak cerita , kan makin sambung makin mengarut pulak. That’s all from me . Semoga kita semua memperoleh kehidupan yang baik pada masa akan datang walaupun I terasa dunia I makin gelap . Thank you guys dengan luahan I .

Comments

Popular posts from this blog

Kemudahan di universiti yang perlu dimanfaatkan #UUM #2

4 Step Basic Skincare Routine #5

Tips Isi UPU #1