MEI 2020 : Coronavirus, Online Class, Ramadhan

 

Artikel ini ditulis pada 12.35 PM,14.5.2020, Thursday

Assalamualaikum dan Hi guys. Like kenapa aku ada dua artikel yang ditulis pada masa yang sama tu sebab aku dalam mood yang baik untuk menulis. Actually artikel yang skincare routine tu aku stop separuh and will continue on the other day sebab otak aku macam blank bila nak kena tulis English banyak-banyak kan so bila tulis melayu dan santai santai macam ni penulisan aku lagi smooth dan look happy kan hahah.  Untuk artikel yang skincare routine lebih kepada nak practice my English writing sebenarnya. Muka aku tak cantik pun untuk dikongsi skincare yang aku pakai dan tu salah satu benda yang aku nak orang tahu dan belajar that yang kita kena belajar the proper way to apply skincare routine in our daily use. Hahaha banyak pulak aku cakap English padahal tadi blank kut.

So aku nak story aaa apa yang aku lalui sepanjang bulan Mei ni. Korang pun tau yang coronavirus ni pun tak habis habis sejak dari bulan March lagi. Dari PKP dah bertukar macam macam untuk nak stopkan virus ni, ada PKP fasa 2 , fasa 3 , fasa 4, fasa 5 lepastu PKPB lah aku pun tak faham apa beza mereka cuma yang makin lama makin longgar je. So sepanjang PKP berfasa-fasa sampai ke harini dan berterusan sehingga ke 9 Jun ni saving aku boleh tahan banyak dan ada sebab aku tak keluar sangat, keluar pun kalau sepupu ajak cari kuih untuk berbuka je lepastu di samping menahan diri daripada makan, minum dan melakukan perkara yang membatalkan puasa ni aku cuba untuk menahan diri daripada order macam-macam dekat internet. Setelah sekian lama ni aku rasa nafsu aku dah tak tertahan dan aku cuba scroll gak shoppe kat phone abah aku tapi still taktau nak beli apa.

So harini dah hari ke 23 Ramadhan dan hari ke 60 PKP (tarikh aku sambung balik penulisan ni J). Sepanjang bulan ni aku dah melalui hampir tiga minggu online class dan lama lama macam boleh adaptlah walaupun aku tak faham sangat dan aku rasa makin tak produktif sebab banyak main je. Alhamdulillah aku bersyukur gak aaa sebab coronavirus , online class dan Ramadhan kali ni aku dapat spend time dengan keluarga aku tak kira la keluarga sendiri atau sepupu sepapat, semua yang aku sayang lah. Dua tiga tahun lepas actually aku puasa dalam keadaan yang tak gembira dan tak tenang pun sebab masa Ramadhan tahun 2017 abah masuk hospital dari bulan tak puasa ke bulan puasa sampai raya so memang takde pun berbuka puasa sekali, buka puasa pun separuh separuh ada dekat hospital ada dekat rumah, tahun 2018  lak abah macam still tak sihat so tak tenang sangat then untuk tahun 2019 , aku kerja part time masa bulan puasa , memang takde masa pun dengan family dengan sepupu semua , yang aku tau pagi pergi kerja malam balik kerja, buka puasa pun kejap je lepastu kena g kerja balik, balik kerja pun nak kena rest sebab esok nak g kerja pagi lagi. Kalau ingat balik aku punya letih tu memang sakitlah sampai bengkak kaki.

Tahun ni memang berbeza gila dan aku hargai la sebab kita tak tahu bila lagi aku dapat peluang ni. Puasa ni aku takde la rehat atau buat benda yang tak berfaedah sebab aku ada kelas so macam siang hari busy dengan kelas. Takde la pahala puasa tu kering je kan. Puasa kali ni pun aku dapat baca 1 juzuk sehari walaupun kadang-kadang tak habis tapi setakat harini aku dah ada di juzuk 20 walaupun tak sempat khatam tapi better than other year yang aku tak pernah baca lebih dari 5 juzuk rasanya. Then tahun ni aku dapat terawikh dengan family walaupun ada dua tiga hari tinggal gak sebab letih sangat sebab tahun lepas aku tak terawikh pun since busy kerja kan. Lepastu another thing yang aku buat ialah bangun sahur makan nasi . Like dulu dulu aku macam sayang gila kat tidur dan sanggup tak bangun sahur , kalau sahur pun minum air dengan kurma je tapi tahun ni aku boleh bangun sahur tiap tiap hari dan makan nasi. Yang bestnya tahun ni aku banyak sleepover umah Kak Ti dan sahur dengan Pikah, Cik ang, Dilah, Sarah dan Su. Bila duduk dengan diorang ni boleh tau aa perangai nak bangun sorang-sorang , ada yang tak nak bangun sahur sebab sayang tidur tapi takut layu masa siang hari, ada yang dah gerak berkali-kali tak bangun bila tak sedar terus macam marah(bukan marah pun) kita tak kejut dia , ada yang kalau nak gerak sahur tu kena guna suara yang paling lembut kalau tak kena marah dan ada yang tak nak bangun sahur terus dan kalau boleh tak nak tidur dia diganggu dengan kejutan sahur semua . Adoila benda benda ni la buat kita hargai masa bersama.

Biarpun this year like everything was cancelled sebab coronavirus tapi still ada benda yang kita kena appreciate sebab kita taktau how much time we have to spend time dengan orang yang kita sayang.

Thank you spending your time untuk baca luahan aku yang takde kena mengena ni . Jangan lupa komen untuk share apa yang korang dapat sepanjang bulan MEI ni . Jangan lupa senyum J


Comments

Popular posts from this blog

Kemudahan di universiti yang perlu dimanfaatkan #UUM #2

4 Step Basic Skincare Routine #5

Tips Isi UPU #1