Tips Isi UPU #1


This article written on January 30.1.2020


Hi guys, first of all , I would like to tell you this is one part of my mission on 2020 which is write one articles for one months . This is also my contribution to society/community. Since I do not have any money so all the things that I can give is the knowledge that I know based on my experience. 

Back to the topic, because this is holiday season for SPM and STPM students. I am sure that they will survey the best course and university that they want to choose to futher their studies soon.

UPU stands for Unit Pusat Universiti which is one medium to all the students to apply the courses and university that they want to study. UPU provide all the public university in Malaysia so you can choose the university that provide the course that you want and they will choose the best university that you eligible to enter.

So based on my experience when I want to apply the university is

1.      1- Muat turun aplikasi UPU Pocket – Aplikasi ini boleh dimuat turun melalui Play Store tanpa sebarang bayaran. Aplikasi ini sangat membantu dalam memilih kos yang sesuai dengan semua keputusan peperiksaan meliputi SPM dan STPM. Bila kita nak apply universiti , ada tiga berkara yang dia (refer to setiap universiti) akan tengok iaitu keputusan SPM , STPM Dan Muet dan korang janganlah risau andai kata keputusan SPM korang tak memberansangkan tetapi keputusan STPM korang power nak mati tapi korang tak layak untuk masuk u . Insyallah rezeki tu sentiasa ada untuk orang yang berusaha. Jadi dekat sini korang boleh tengok syarat apa yang universiti tu nak untuk masuk ke kos tu. Biasanya bukanlah gred yang tinggi dilihat tapi basic yang kita ada untuk subjek tu. Kalau kos yang melibatkan kira kira macam kos operasi biasanya dia nak kita pernah ambik subjek prinsip perakaunan dan matematik. Biasanya bukan A yang dia mahukan tapi cukuplah lulus. Kalau nak bercerita pasal aplikasi ni memang panjang tak habis, so kalau korang tengah survey kos yang korang nak belajar nanti korang boleh tengok kelayakan korang dekat apps ni.


2.       2. Universiti atau kos yang penting? – Untuk point ni aku rasa kena buat artikel khusus sebenarnya so kat sini aku nak bagitau korang dalam pemilihan masa depan kita, kos yang kita ambil lagi penting dari universiti mana kita duduk. Berdasarkan pengalaman aku masa nak apply upu ni first aku tengok ialah kos yang aku nak.Bila korang dah study betul betul syarat untuk masuk couse tu dekat upu pocket , list down kos yang korang layak dan pilih yang betul betul korang rasa boleh go on dan ready untuk belajar . Kat sini mindset memainkan peranan penting sebab sometimes kau kena keluar dari confort zone dan ubah fikiran yang apa pun korang belajar dekat kos ni korang akan hadap sampai korang berjaya . Once korang dan fikir nak masuk u jangan ada perasaan nak u turn kembali. Berdasarkan pengalaman aku, bila aku survey ada tiga kos yang aku berminat ( ni yang aku berminat so korang kena tahu la apa yang korang minat) untuk belajar yang kononnya dapat memberi pekerjaan dan mendapat demand yang tinggi pada tahun 2023 iaitu tahun kemungkinan aku habis belajar iaitu Pendidikan , Pengurusan Sumber Manusia dan Perancang Bandar dan Wilayah. Tak semua u ada kos ni dan dekat sini la kau tak digalakkan memilih university dari kos. Maksud aku kat sini bila kau berfikiran ‘ aku tak nak duduk jauh dengan family, kalau boleh nak duduk universiti sebelah rumah je atau dekat bandar dekat rumah kalau dapat Uitm Kb pun  okey so pilih je la mana mana kos yang ada dekat UITM KB while kos yang ada kat sana tak sesuai dengan kelayakan kau sebab tu 12 pilihan takde satu pun yang kau layak . Kat sini aku boleh gitau yang kadang kadang bukan rezeki tu takde tapi kita yang tak reti nak mencari rezeki tu.

*ni ialah contoh sahaja , lain orang lain minat so jangan follow minat orang lain

3.       3. 12 pilihan yang diberi tapi nak satu je – UPU ni dia bagi 12 pilihan untuk setiap orang pilih kos dan universiti yang orang tu nak masuk . Kita nak satu je guys so make sure kita lekat yang satu ni.Biasanya tips yang diberi oleh cikgu cikgu ialah dua yang teratas letak pendidikan atau kalau kau tak minat pendidikan letak yang ada temuduga . Tapi bagi aku la kan susun mengikut kos dan university yang kau nak. Macam aku dulu dulu yang pertama aku letak Pendidikan Bahasa melayu sebab minat aku kat Bahasa melayu ni lain macam sikit masa form six ni , dan pilihan first adalah di UKM sebab kononnya aku nak jadi orang bandar dan nak duduk jauh daripada family la tapi ada family lain yang duduk sana so weekend boleh la balik rumah family lain tu, kedua aku letak di UPSI atas sebab yang sama tapi orang cakap UPSI ni macam cliché je cikgu plus budak upsi ni suka buat tiktok entahla nak sis pun tak tau kenapa kurang suka la sikit berbanding dengan UKM(*jangan risau bukan upsi je suka main tiktok u lain bersepah je main tiktok termasuk u aku). Ada lagi 10 pilihan guys so pilihan ke 3 sampai 10 aku letak semua benda yang berkait dengan pengurusan sumber manusia yelah konon konon nak interview orang masa kerja dan kat sini aku atur mengikut u yang paling jauh ke dekat . Walaupun aku nak universiti yang jauh takde satu pun dalam pilihan aku mintak universiti di Sabah atau Sarawak sebab sis tahu sis tak mampu nak naik kapal terbang balik kampung kan 4 tahun baru balik . Aku ingat masa tu pilihan ketiga aku letak Upm sebab sis masih nak jadi orang bandar gittew , keempat sis letak Kedah sebab sis nak duduk jauh daripada family , kelima sis letak  uitm dengan harapan moga moga dapat puncak alam ke shah alam so weekend bolehla tengok KLCC , keenam sampai sepuluh sis lupa tapi rasanya ada utm , uthm dan usm semua ni sis tak berapa berminat sebab Johor jauh sangat 12 jam dalam bus plus tiket mahal sis kedekut sikit and then sis kurang yakin dengan usm sebab usm ni untuk orang orang pandai while sis ni biasa biasa je  dan pilihan yang kesebelas dan dua belas ialah perancang bandar dan wilayah dekat utm dengan usm , sis bagitau diri sis if I get this course I need  to tawakal dan redha la untuk survive sebab u dah jauh course pulak kureng gittew . Sis amik kos ni pun sebab ada sepupu sis yang amik kos ni dan seronoklah tengok dia cara dia bekerja dan apa yang sis nak bagitau sis tak dapat kos ni. Yang sis dapat ialah kos pengurusan sumber manusia di UUM which is jauh nun di hujung kedah.

4.      4.  Doa, tawakal, redha – This is the last step that you need to do, after settle all the things which is relate with upu then banyakkan berdoa dan tawakal je. Masa berdoa ni bukan mintak untuk kita jugak mintak untuk kawan kawan sekali. For the day you get result, I am pretty sure that you will happy. Masa tu fikir aku nak masuk u sebab nak balas jasa mak ayah aku dan nak beri manfaat kepada orang ramai.

Last but not least,mana-mana university dan kos pun sama sahaja asalkan kita rajin berusaha insyaallah akan ada ganjaran untuk kita.Bila korang dah masuk universiti nanti korang kena ingat ayat ini selalu “YOUR DEGREE IS JUST A PIECE OF PAPER , YOUR EDUCATION IS SEEN IN YOUR BEHAVIOR . Kat sini nak bagitau yang kalau kita ada degree tapi takde adab tak guna jugak jadi marilah kita jaga adab jugak .

Untuk apa apa penambahbaikan, cadangan lain atau korang ada idea lain untuk  aku kongsi , korang boleh komen dekat bawah ni . Thank you

Comments

  1. kak, selalunya upu dia pilih pilihan kita yg pertama or kedua😌sebb upu dah takleh kemaskini, course yg kita nak terletak kat pilihan nombor 2😭

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kemudahan di universiti yang perlu dimanfaatkan #UUM #2

4 Step Basic Skincare Routine #5