Barang-Barang Yang Perlu Ada Untuk 'Online Class' #Part2 #1
9.47 p.m.
Jumaat
Dalam bilik sambil layan Taxi Driver
Assalamualaikum dan Hi semua. Hari ini I rajin nak menulis hehe. Actually nak settlekan semua aktiviti yang kena buat minggu ni. Masak dah,baca buku dah, tinggal nak siapkan artikel dan edit gambar je lagi. Nak edit gambar taktau macam mana sebab so far memang edit banyak guna template yang telah diberikan je. So minggu ni kita nak share tentang barang-barang korang perlu untuk “online learning”. Since kes makin meningkat dan harapan untuk belajar dekat universiti dah takde, eloklah korang sediakan barang ini untuk memudahkan pembelajaran dan pengajaran korang. Barang-barang ini actually sangat mudah untuk didapatkan dan terdapat banyak pilihan.
Antara barang tersebut ialah
1. Modem
modified
Modem
modified ni actually modem yang biasanya digunakan oleh orang ketika travel. Yang
dikatakan modified pula modem ini telah diubahsuai agar menggunakan internet
utama sebagai hotspot kepada pengguna. Pengguna hanya perlu melanggan mana mana
internet yang memberi pakej secara unlimited. Contohnya macam I menggunakan
line Umobile dengan langganan pakej RM35 sebulan. Untuk pemilihan simkad
bergantung kepada line di kawasan kediaman masing-masing. Korang boleh guna
modem ini di laptop,telefon dan ipad atau mana mana device lain lagi yang
menggunakan wifi. So if korang tak mampu nak pasang wifi yang berkontrak dengan
bayaran RM59 ke atas sebulan, korang boleh beli modem modified ini untuk
memudahkan pembelajaran korang. Since kita tak boleh nak selalu guna hotspot
telefon selalu sebab nanti rosakkan bateri telefon kan. Harga modem ni ada
macam macam bermula dari RM150 hingga RM300, korang boleh la survey dekat
shoppe dan make sure yang korang pilih tu ialah modem yang di’modified’ sebab
kalau yang biasa dia akan guna data hotspot so mungkin ada limit penggunaanlah
kut. Actually ada je isu kata tak boleh pakai modem modified ni sebab dikira
kita mencuri lebih banyak data dari pelan yang kita ambil, tapi I berfikiran
yang kita gunakan unlimited data so sepatutnya takde isu ni memandangkan kita
boleh guna seberapa banyak yang kita nak guna. Selebihnya I tak tahu sangat if
masih salah dalam isu-isu lain. Wallahu ahlam lah semoga tiada sebarang masalah
lah sebenarnya. Untuk ketahui lebih lanjut pasal modem ni korang boleh tengok
feedback dan review modem di Youtube. Just search dan korang boleh jumpa banyak
orang review modem ni. I nak gitau jugak yang modem ni ada dua jenis. 1 yang kena sambung di plug dan 1 lagi yang perlu cas. I guna yang kena cas dan boleh bawak g mana-mana. Yang jenis sambung dekat plug tu I taktau sangat macam mana. Yang kena cas ni biasanya kita cas dalam masa tiga jam dan boleh guna lebih kurang 4-6 jam. Tengok based on kita punya penggunaan jugak.
![]() |
Inilah bentuk modem tu, kecik saje so senang nak bawak g mana-mana. |
2. Printer
Printer ni memang memainkan peranan yang besar jugaklah untuk student. Kalau orang yg work from home aku taktau la macam mana. Tapi pengalaman as student, I memang banyak pakai printer dalam proses pembelajaran I. I akan print notes dan banyak bahan pembelajaran guna printer. Untuk printer mungkin quite mahal tapi masih ada yang harga bawah RM200. Untuk student macam I rasanya kalau beli yang boleh scan, print dan fotostat pun dan cukup dah. Tak perlu nak yang ada bluetooth untuk wireless ke apa sebab biasanya printer macam ni quite mahal jugaklah. Kita punya recommendations untuk sekadar yang mampu sahaja. Printer ni biasanya pro and cons yang biasa kita akan dengar ialah bila kita beli printer mahal, ink atau dakwatnya akan murah dan kalau kita beli printer murah, dakwatnya akan mahal dan sememangnya yang I lalui pun macam tu. So nak beli printer ni kena ketahuilah budget yang kita ada sebab takut dah beli printer tak boleh nak beli ink pulak or sebaliknya. Kalau yang I lalui ialah my printer memang murah sebab I beli masa form 6 lagi. Beli laptop dapat free printer. Not really free tapi kita actually dah bayar pada harga laptop tu dan harga ink yg I pakai quite mahal memandangkan sekarang permintaan untuk ink tu mahal sebab ramai dah ada printer sendiri, nak nak printer yang I pakai ni memang famous sebab murah dan ekonomik lah. Bila nak beli ink tu memang kena pejam mata dan gunalah berpada-pada.
![]() |
Printer ni antara yg murah dan ramai orang pakai. Nama printer ni ialah Printer HP 2135. |
3. Otg
Wire
Otg
wire ni actually kegunaannya untuk rumah
korang yang dah ada printer. Otg ni boleh dapatkan di Mr Diy dengan harga
RM2.50-RM5.00 untuk android lah. Kalau yang Apple I taktau sangat sebab I
takde nampak di Mr Diy tapi if korang tengok dalam Shoppe ada otg wire untuk
Apple harga lebih kurang RM15 gitu. Hehe Apple memanglah mahal sikit. Otg wire
ni ada dua jenis bergantung kepada telefon korang, satu yang biasa (refer kpd
lubang yg korang nak masukkan) dan satu lagi yang jenis Type C tu . I tak
pandai nak explain tapi I bagi contoh macam telefon I guna Oppo A5s tu example
untuk lubang biasa dan telefon yg I tahu guna Type C ialah telefon Huawei Nova
4e. Korang kena tengok elok-elok sebelum beli takut silap beli. Nak mudah
korang tanya je akak atau abang yang kerja dekat Mr Diy, diorang mesti tahu. Korang
boleh guna otg wire ni untuk print nota korang direct guna phone. Kiranya
takyah guna laptop la. Sometimes memudahkan jugak bagi I sebab banyak kerja yg
ada dalam telefon so senang memang guna telefon je time nak print. Untuk
tutorial penggunaan otg wire ni korang boleh search dekat Youtube. Banyak
orang ajar cara nak print guna telefon melalui wayar otg ni.
![]() |
Yang warna birutu wayar printer dan begini lah kalau disambung ke telefon guna otg wire. |
![]() |
Benda ni kecik je so korang kena letak dekat tempat yg mudah nampak. Kalau boleh letak keychain ke apa senang nak nampak. |
4. Meja
lipat
Sesetengah orang memang ramai yang dah beli meja lipat. I sendiri tak tau kenapa I nak suggest kepada korang suruh beli meja lipat ni . Actually I think meja lipat ni senang untuk digunakan. Contohnya macam korang nak study kat ruang tamu ke korang boleh guna meja ni , sama jugak dekat luar umah ke . I sendiri pernah tengok dekat Tiktok yg sorang ni bawak meja ni pergi pusat kuarantin hehe . Takut-takut lah if kena pergi pusat kuarantin kan . Mintak dijauhkan . Even if you takde meja dekat rumah I think you can buy this meja . Boleh tengok dekat Shoppe, harga RM15-RM20 gitu dah boleh dapat dah .
![]() |
Meja ni jimat ruang sebab kalau tak nak guna, boleh lipat je then sandar kat mana-mana. |
![]() |
Ni kalau I rasa bosan duduk atas kerusi, I akan duduk study atas lantai je then guna meja ni untuk tulis notes. |
Office chair / gaming chair
The last suggestion I think semua orang kena ada during online learning ialah kerusi.Ni kalau korang dah ada meja study yang proper la, bukan yang lipat punya. Actually kerusi ni tak kisah pun kerusi apa. As long as kerusi. Kalau korang ada budget lebih korang boleh la invest kepada kerusi yang lebih selesa macam kerusi pejabat atau kerusi untuk gaming. Kerusi pejabat ni lebih murah berbanding kerusi gaming. If kerusi pejabat yang I guna ni RM100 je I beli dekat kedai perabot area rumah I. Kalau dalam shoppe pun still ada yang murah sikit. If budget korang besar I think korang boleh beli kerusi gaming sebab quite selesa I think sebab ramai orang pakai untuk wfh and odl. Kalau nak lagi selesa dan selamat korang boleh beli kerusi yang ergonomik. Kerusi ni akan menjaga postur badan korang dan avoid masalah kesihatan sebab kita duduk atas kerusi pada jangka waktu yang lama. So tengoklah atas budget korang jugak .
![]() |
Pelapik tu my cousin bagi untuk hadiah birthday actually hehe. |
I harap suggestion ni memberi manfaat kepada koranglah. I just share based on my experience. Korang rasa apa lagi patut kita ada untuk online class?
Comments
Post a Comment