Cara Menabung Untuk Mahasiswa #Part2 #2

11.25 P.M.
24.7.2021 



Assalamualaikum dan Hi guys . Malam ni I nak share cara menabung bagi seorang student universiti. Memandangkan I seorang student dan I buat benda ni sekarang I nak sharelah dengan korang. I actually masih dalam belajar cara ni dan belum nampak hasilnya tapi kita boleh sama-sama cuba untuk melakukannya. Cara yang I bagi ni antara yang mudah untuk dibuat bagi I dan kurang kerugian lah I rasa. Kalau dalam internet sendiri banyak orang suggest cara menabung depa tapi yang ni I rasa paling sesuai untuk student dan mudah untuk dibuat. Sebelum nak menabung, kita sendiri kena ada niat nak simpan duit untuk apa dan nak simpan bagaimana. Kita kena tahu jumlah duit yang kita ada berapa. Kita juga kena tahu target yang kita nak berapa dan tempoh masa nak menabung . Macam dalam situasi I, duit yg I akan dapat sekarang ialah dari pinjaman pelajaran I (Yakin), orang bagi, duit gaji (kerja part-time ). Hehe korang mesti cakap bolehla dia menyimpan sebab dia kerja part-time. Masa I tengah menulis ni I tak kerja sebab Covid-19 kan tapi I masih menabung. So cara I menabung ialah 


 1. Tabung hijau dan merah

Tabung hijau dan merah ni actually simpan duit fizikal RM5 (hijau) dan RM20 (merah). Actually takde paksaan korang nak menabung biru untuk RM1 ke merah duit RM10 ke apa tapi the reason I ambik dua ni sebab I rasa duit ni yg I ada tapi jarang ada berbanding dengan duit RM1 dan RM10. Kalau duit RM50 besar sangat nak simpan kalau kita ada selalu kan. Caranya ialah setiap kali I berbelanja dan I dapat baki duit RM5 dan RM20 dalam bentuk sekeping, I akan masukkan dalam tabung. I beli dua tabung yg memang tak leh bukak lansung dari kedai RM2, kena pecahkan baru boleh ambil duit. Untuk awal awal korang macam kena paksa diri untuk masukkan dan lama lama korang akan faham konsepnya. I tak letak target untuk tabung ni sebab asalkan ada duit I letak je, tabung yg I beli pulak tak boleh tengok dari luar so I tak tau ada banyak ke sikit. Entah entah duk rasa macam banyak tapi sebenarnya sikit hahaha. Tapi ade la dari takde lansung kan. I think cara ni lebih mudah memandangkan takyah nak pergi bank ke bukak akaun ke apa. Dan ni antara permulaan yang bagus la untuk orang yg baru belajar nak menabung. I think kalau capai RM500 ke atas pun dah okay untuk dua tabung ni sebab I bukan berbelanja sangat dan ada duit banyak pun. So kalau boleh simpan RM500 pun pencapaian yang baik dah. 


Yang ni I masukkan duit RM20.

Yang ni I masukkan duit RM5.


Tabung ni takleh tengok jumlah duit dari luar dan kena pecahkan kalau nak ambik duit.
So boleh avoid dari kita korek duit tu.


 2. Emas Public Gold(PG)

Antara cara menyimpan yg I survey mudah dan tak mendatangkan risiko besar kepada mahasiswa ialah menyimpan emas melalui Public Gold. I hanya memberi sedikit review dan feedback dari percubaan I untuk menabung dengan Public Gold. Public Gold ni ialah company yg I rasa trusted dan quite famous berbanding yang lain. Btw dah banyak yg guna cara sama dengan Public Gold. Even bank pun dah jual emas macamni. Public Gold ni menyediakan khidmat jual dan simpan emas. Untuk student, kita boleh beli emas melalui GAP. Actually ada banyak lagi emas yang PG jual tapi I tak berapa faham. Yang I faham beli menggunakan GAP. GAP tu Gold Accumulation Program. Kita boleh beli emas mengikut gram dan kumpulkan sehingga berapa gram dan keluarkan dalam bentuk fizikal. Contoh korang kumpul setiap bulan 1 gram dan bulan ke 10 korang boleh keluarkan 10 gram korang. Kalau korang tak mampu nak beli 1 gram, korang boleh beli dengan harga serendah RM100 mengikut berat pada hari tersebut lah. I sendiri beli bila ada duit lebihan yg ngam dengan harga emas. Biasanya kalau gaji dan tak spend sangat I akan beli jugak tapi sekarang takde gaji dan emas pun harga tak berapa stabil I tak beli sangat. Untuk memahami lebih lanjut pasal ni korang boleh google atau bertanya lebih lanjut kepada dealer-dealer emas PG yang ada di sosial media. Actually I hanya share cara yg paling simple untuk menabung je. Bukan nak menabung sampai keluar beribu-ribu sebab I hanya student biasa . Hanya bekerja jika ada peluang dan tak buat business power-power. 

Ni ialah apps Public Gold untuk beli emas melalui GAP.



Everything I tulis based on my experience dengan knowledge yang tak seberapa je . If korang ada cara yang best , boleh suggest lah dan korang dah mula menabung cara apa ?

Comments

Popular posts from this blog

Kemudahan di universiti yang perlu dimanfaatkan #UUM #2

4 Step Basic Skincare Routine #5

Tips Isi UPU #1