Curhat 4 #Part2

 Dalam bilik  

14.39 p.m.

9 Julai 2021

Assalamualaikum dan Hai korang , I lama gilaaa tak menulis hahaha. Actually takde la lama sangat pun. Di saat I tengah menulis ni I actually tengah tak tahu nak buat apa sebab semester break dah bermula. Dah seminggu sebenarnya I rehat, last submit kerja dua hari lepas dan Alhamdulillah year 2 is done. Akhirnya semester 4 berakhir jugak. I dah habis fasa separuh degree dan masih ada lagi separuh untuk habiskan semua. Actually biasa I akan tulis dekat word dulu baru copy and paste ke blog tapi harini I tulis direct di blog. Saje saje je sebab nak guna keyboard yang I beli dekat shoppe. 

Hmmm I pun taktau nak cerita apa sebenarnya cuma I nak bagitahu la sedikit sebanyak progress I sekarang. Memang this year I rasa tak function pun hahaha asyik duk cerita pasal I je. Sekarang I dah habis semester break dan I jugak jobless sebab tak boleh kerja musim lockdown yang tak berapa nak lockdown ni. Entah la nak cakap apa dengan negara sekarang sebab semalam punya kes pun dah 8868 kes, berbanding tahun lepas pada tarikh yg sama lansung takde kes. Dalam berita duk tunjuk yang banyak hospital dekat Malaysia ni dah nak lumpuh sampai ada pesakit perlu duduk atas lantai dan luar hospital. Ahli politik pulak asyik duduk memikirkan kedudukan masing-masing. Lansung tak fikir hal rakyat. Tak tau la apa nak jadi dengan Malaysia. Walhal dekat negara lain semua dah tak payah pakai mask dan dah boleh keluar outdoor.Harap sangat tahun depan semua dah okay. Dah tak sanggup nak duduk camni dah. Nak jumpa family and friendsss. 

I mula mula agak kecewa la sebab masuk bulan ni je dah dua bulan I takde gaji sedangkan I perlukan duit untuk teruskan hidup. I macam blur taktau nak buat apa. Nak tinggalkan kerja sekarang sayang sebab kerja ni paling okay dah dengan I. Nak cari kerja lain pulak susah sebab ramai orang kena buang kerja sekarang. I pernah terfikir nak jadi rider FoodPanda atau J&T tapi I takut sebab I bukanlah sejenis yang boleh bawak motor berjam -jam dan kena cepat gitu. I kan jenis slow slow gitu. Bila I sedar I takleh buat apa apa sekarang I just tukar mindset I dengan berfikiran yang Allah s.w.t nak suruh I rehat sebab sebelum ni I sibuk gila dan sampai tak sempat buat benda-benda yang I boleh buat sekarang. Alhamdulillah dengan mindset yg I ada sekarang I boleh bertahan dan tak jadi gila lagi.

Antara benda-benda yang I boleh buat sekarang tapi tak boleh buat dulu ialah I boleh baca al-quran setiap kali siap sembahyang. Kalau dulu I memang tak sempat nak baca al-quran sebab kalau tak letih mesti tak akan ada masa. Sekarang I ada banyak masa so everytime habis solat I akan baca al-quran. Setiap hari I akan cuba baca 10 muka surat sebab kadang-kadang still tak sempat lepas asar gitu so I akan qadha time maghrib sebab maghrib ke isyak agak panjang so sambil sambil tunggu isyak I akan baca quran. Last I khatam quran sebelum birthday I haritu dan I ada sambung baca lepastu dalam 20 muka surat lepastu I stop lama sangat sebab masa bulan puasa dan raya I duk pulun kerja memang tak sempat nak baca quran. I start baca sikit sikit dan mula tetapkan dalam diri kena baca 10 muka start sehari masa tempoh bertenang yang UUM bagi untuk student. Alhamdulillah start dari hari tu hingga ke hari ini I dah nak masuk juzu 12 I rasa tenang sangat dengan apa jadi dengan I. I cepat bersyukur, I kurang marah marah macam dulu. I lebih tenang dalam hadap semua masalah. I sebenarnya still bersyukur sebab rezeki yang Allah s.w.t kasi dekat I harini lebih besar dari apa yang I bayangkan dulu. Walaupun I tak kerja, I still ada kerja dan boleh bekerja bila semuanya dah baik. 

Selain daripada baca al-quran, I boleh baiki patern tidur I dan avoid stress sebab dah tidur terlebih cukup sehari hari. I pun ada masa untuk tengok tv walaupun jarang sebenarnya tengok tv tapi I ada la tengok cerita-cerita yang org duk tengok sekarang. Then I start baca buku. I mula baca buku dari Teme Abdullah . I pinjam dari sepupu I dan I suka gila baca cerita dia sebab after tengok ujian ni I boleh rasa tak semua orang yang hidup senang tanpa ujian. Sekarang I tengah sambung baca buku Empayar Hikayat Tanpa Nama tapi ambil masa sikit sebab I nak into to sastera walaupun I student sastera masa tingkatan 6 tapi I akan cuba habiskan baca jugak sebab I rasa nak buat cerita sebegitu perlukan banyak pembacaan tentang sejarah-sejarah lama. I memang salute la dekat Teme ni. Kalau boleh I nak baca lagi dua tiga buku sebelum semester baru start balik. I ada plan nak masuk kelas Tuan Norizan untuk ilmu pengurusan tapi I tak check lagi ada tak kelas yang valid sekarang sebab I tengok sebelum ni sampai bulan 6 tahun ni je . Harap harap still ada la. I ada terfikir juga nak buat beberapa writing tentang tips tapi tak explore lagi nak bincang hal-hal apa. Harap Allah s.w.t permudahkan urusan I dan korang semua. 

The best thing bila tak kerja, tak belajar, I can spend more times with family and friends la. Walaupun I duduk serumah dengan family I tapi bila dah waktu kelas I akan kelas je, then g kerja bila dah balik kerja, diaorang pun dah nak tidur dah.Tapi sekarang I boleh la makan, berbual-bual, tngok tv sekali dengan my parents. Then I boleh jalan jalan area kampung , tegur jiran-jiran dan talk more with nature. Biasa orang akan nampak I bila nak gi kerja jer. I boleh spend time dengan sepupu I dan beberapa orang kawan I yg I still boleh melawat diorang la kalau diorang okay. Setengah orang dia tak nak jumpa sangat orang luar kan sebab tak tahu orang tu dari mana kan. Hehe takpe kita faham je musim musim ni. Harap bila dah habis semua ni kita dah boleh jumpa tanpa rasa takut-takut dah.

Satu benda yang I bersyukur bila tak kerja is I rasa I more secure dari dapat jangkitan Covid-19. Memang bila tak kerja kita tak dapat duit tapi bila kerja I takkan tenang sebab customer keluar masuk dan kita akan jumpa ramai orang. Memang semua orang ada langkah berjaga-jaga tapi kita tak tahu siapa-siapa yang dapat jangkitan. So bila duduk rumah, keluar bila perlu je kurang la sikit rasa takut ni semua. For me , kekayaan yang sebenarnya ialah bila kita memperoleh ketenangan dalam apa yang kita buat. If kita ni kaya tapi hati duk fikir macam macam, serabut takde guna jugak. Life feel better bila kita bersederhana, boleh makan apa yang kita nak makan, boleh buat apa yang kita nak buat, boleh beli apa yang kita nak beli. Ada duit sikit sikit boleh jalan jalan boleh share sikit sorang dengan orang pun dah buat I happy dah . 

Thats all from me today , I happy sangat boleh menulis harini . Semoga korang pun happy happy jugak . 



Comments

Popular posts from this blog

Kemudahan di universiti yang perlu dimanfaatkan #UUM #2

4 Step Basic Skincare Routine #5

Tips Isi UPU #1