Taiping is a part of my journey
This story written on 11.34 PM 15/2/2020 Sabtu
Hai guys saat aku menulis cerita
ini , aku telah menghabiskan masa beberapa minit untuk mencari dokumen yang aku
tulis cerita selama ini. Selepas beberapa minit aku go through macam macam perkara yang aku pernah tulis, rupa rupanya boleh tahan banyak cerita yang aku tulis
selama ni tak kira cerita sedih, gembira atau ketika marah. Mungkin aku boleh compilekan
semua cerita mengikut tarikh yang ada .
 Ketika aku menulis ini aku berada dalam
keadaan tenang, aku baru pulang dari Taiping, sudah tentunya rumah Kak Ti, aku
juga sudah mampu menyesuaikan keadaan di university aku. Homesick tidak pernah
berkurang namun aku masih boleh bertahan. Malam ni aku menulis untuk
memceritakan kisah aku ke Taiping tanpa dirancang. Pada ketika aku masih berada
di dalam bas untuk ke UUM, aku sangatlah homesick teruk kerana meninggalkan
abahku dalam keadaan sakit . Aku memberitahu andainya aku cuti pada 15.2.2020
aku akan pulang ke Taiping. Bagi aku, tak dapat jumpa keluargaku di kampung,
dapat jumpa Kakti pun aku dah okey. Maklumat yang aku terima Kokurikulum tetap berjalan
seperti biasa. Aku tak terfikir untuk pulang ke Taiping memandangkan aku takut
itu hanya sebuah harapan yang bakal mengecewakan aku sahaja. 
  Namun pada hari
khamis ketika kelas EP2 baru sahaja bermula aku mendapat memo bahawa KOK
dibatalkan pada minggu ni, sepanjang kelas aku terfikir indahnya kalau dapat
pergi Taiping walaupun sekejap. Memandangkan kelas pukul 5 pun dibatalkan, ini
sahaja peluang yang aku ada . Minggu lain belum tentu aku dapat peluang ni.
Habis saja kelas aku terus mencari kawan untuk ke KTM Arau, yelah kalau sorang
mahal kut. Alhamdulillah walaupun mengalami masalah pada awalnya, segala perjalanan
dipermudahkan Allah. Setelah jumpa kawan untuk share sapu dan orang untuk bawa sapu.
Pada pukul 4 petang aku bertolak ke Ktm Arau, pada pukul 4.44 petang aku
memulakan perjalanan ke Taiping. 
  Dengan pengalaman dua kali ke Taiping dan satu
kali pulang ke UUM, aku memberanikan diri untuk ke Taiping seorang diri. Di
dalam train aku menghayati setiap pemandangan yang jarang aku boleh lihat
sebelum ini kerana aku biasanya naik train sebelah malam yang aku nampak
hanyalah kegelapan malam. Dari sini juga aku bertegur sapa dengan orang lain
untuk memastikan setiap perjalanan aku betul. Untuk kali pertama train yang aku
naik aku dapat duduk sepenuhnya dari Arau ke Taiping biasanya aku akan berdiri
atau dapat duduk sebentar sahaja . 
  Perjalanan 4 jam terasa sebentar sahaja.
Tepat jam 8 malam aku sampai ke Taiping, kerana info yang kurang tepat aku
terpaksa menunggu Kakti sebentar. Kak ti datang dan terus membawa aku ke Taman
Tasik Taiping. Setelah beberapa kali ke Taiping aku dapat merasa air big cup
yang ada dua perasa, nasi sup ayam yang boleh tahan sedap dan Takoyaki yang biasa
biasa namun sedap. Biasalah bila duduk dengan Kati aku akan kekenyangan teruk.
Kak ti beli banyak banyak sebab aku belum lagi berbuka puasa. Setelah itu kami
pulang kerana esoknya Kakti perlu bekerja. Keesokkan harinya Kakti pergi
bekerja dan aku masih tidur yelah weekend kan kena la tidur. Lagipun rumah
Kakti sejuk gila kut. 
  Pada pukul 10.30 Aku bangun dan bersiap kerana Kakti nak
bawak aku keluar makan tengah hari . Kakti bawa aku makan di Nasi Kandar Ali
berdekatan KTM sebab kami telah pusing banyak tempat untuk makan nasi kandar
yang dicadangkan oleh kawan kawan Kakti namun banyak kedai yang tutup . Pertama
kali makan nasi kandar aku bagi 3/5 sahaja kerana portion yang banyak buat aku
tak habis dan something wrong with nasi dia. Kami pulang untuk berehat. Tujuan
aku ke Taiping bukanlah untuk berjalan atau makan sebenarnya, aku tak kisah
sekiranya hanya berada di rumah dan makan di rumah sahaja asalkan aku boleh
duduk berbual dengan orang yang memahami aku. Bukanlah aku ingin memberitahu
kawan kawan aku tidak seperti yang aku inginkan. Kawan kawanku juga amat
memahami aku, namun bercakap dengan Kakti amatlah berbeza. Pada sebelah petang
kami ke pasar malam. Pasar malam ini memiliki banyak aneka makanan seperti mee
sup , kuih muih , nasi dan macam macam . Kakti biasa lah seorang yang tak
pernah berkira, macam macam dibeli untuk kami makan. Aku kekenyangan. Malam tu
kami ke Taiping Sentral dan Taiping Mall, aku tiada barang untuk dibeli. Hanya
Kakti beli stoking di Bata untuk jogging esok . Kami pulang namun malam itu aku
diberitahu kawan yang aku ingin pulang sekali mahu pulang awal. Kakti dah
mintak aku balik lewat dan sanggup tolong bayarkan grab aku, namun memikirkan
banyak kerja di UUM yang perlu diselesaikan, aku pun bersetuju balik awal, jauh
di sudut hati aku, aku ingin pulang pada pukul 4 petang seperti yang aku
fikirkan. Kami terpaksa membatalkan rancangan ke Aeon dan hanya jogging Tasik
Taiping je.
![]()  | 
| Nasi Kandar Ali | 
 Esoknya kami bangun awal pagi dan jogging di Taman Tasik Taiping
terus breakfast di sana. Kami pulang untuk berehat memandangkan mereka nak
balik pukul 1 . Pukul 12  aku ke KTM
untuk makan dan tunggu kereta api namun kawan kawan bagitau yang diorang ada
hal dan ingin bertolak pukul 2, maka gembiralah aku sedikit dan berjalan ke
Taiping Sentral namun tiada parking . Kami menunggu di belakang Hospital
Taiping. Pada pukul 1  mereka bagitau
yang mereka tak sempat kereta api pukul 2 dan nak postpone ke pukul 4 maka
gembiralah aku kerana ia bergerak seperti yang aku rancangkan . Kakti agak
marah kerana kalau mereka bagitau awal awal boleh kami ke Aeon namun dah tak
sempat . 
![]()  | 
| Di KTM Taiping | 
 Akhirnya aku meminta Kakti bawa aku ke tempat untuk print nota kerana
takut tak sempat. Alhamdulilah kat sini murah print berbanding dengan UUM. Kak
ti turut memberikan aku ink untuk dijual di u sekiranya tidak boleh digunakan,
rupanya ink Kakti dah mengeras sebab dah lama tak guna . Setelah siap print,
kami pulang ke rumah untuk berehat dan pergi ke KTM pukul 3.40. Kak ti risau
aku kelaparan dan dia memberikan duit untuk tambang balik dan makan di u,
katanya beli makanan yang sedap dan jangan makan nasi dengan telur dah.
Alhamdulilah perjalanan aku dari Taiping ke Arau berjalan dengan baik sekali.
Pukul 7 kami sampai ke Arau dan sapu dah menanti kami. Pada pukul 7.36 Aku
sampai ke bilik dan terus mandi solat beli nasi dan gosok baju. 
![]()  | 
| Ketika dalam train pulang ke UUM semula | 
 Terima kasih Ya
ALLAH kerana mempermudahkan perjalanan ini, terima kasih atas segala rezeki
yang telah diberikan. Murahkan rezeki Kakakku Ya ALLAH. Apa yang aku nak
bagitau sebenarnya luangkan masa sebanyak yang boleh dengan orang yang hargai
kita. Jangan ambil mudah terhadap orang yang kita sayang. Hargai beliau ketika
mereka masih ada. 
Terima kasih kerana sudi membaca pengalaman ini. Cerita ini hanya sekadar untuk ingatan pada masa akan datang . Jangan lupa untuk fikir yang baik-baik ye :) .
Kat mana korang selalu spend time dengan orang yang korang sayang ? Jangan lupa komen pengalaman korang sekali .



Comments
Post a Comment