Posts

After a years …. #Part5

10.57 pm 3.8.2024 Sabtu Di Kampung Berangan Pondok Hellooo guys, its almost 1 year plus plus I am not writing anything in this blog yaa . Alkisahnya I tried to write something before this tapi kan bila nak post dia jadi takde perenggan so after trying too many times pun still tak berubah dan takde penyelesaiannya . So I ada tanya one of my intern friend sebab tengok dia post his blog still okay and elok je ada perenggan and he told me that he used blogspot app via phone alright je .  I also trying but still dont look keseronokkannya sebab usually I macam acah acah type gitu dekat laptop and post pun thru laptop kan but tonight cam okay je kan I tulis cemni . Ermm I want to start it again but malam ni santai santai je la eh cause I am happy to start it over again . Nak menulis banyak banyak . I enjoyed with my writing before this and I love to use this platform . Semoga I am consistent lah hehe 🌝 .  So we will update what we have done sepanjang setahun lebih tak posting a...

Curhat Pertama Tahun 2023 #Part4 #1

Dalam bilik 9.33 p.m. Sabtu Assalamualaikum and Hi everyonee hahaha acah je selalu macam ramai yang baca gitu . Lama giler weh tak update mende alah ni actually sampai terfikir am I too happy with my life sampai dah lupa benda ni or am I too busy for this right now hahahah . Dulu asal sedih je mula menulis , asal produktif je mula menulis tapi skrg macam tak sempat noh . Duk ingat template cara-cara tulis blog ni rupanya ni tahun ke-empat dah cubaan untuk menulis tapi tulah berapa kerat je penulisan yang ada sebab sis is tak rajin dan tak konsisten ye . Hmmmm #pemalas problems actuaally . Takpelah kita update je semampu yang boleh ye . Harap-harap makin rajin la update lepasni . So apa update sepanjang 2023 ni yeeee . Hehehe actually a lot of things happen ya either good or not alhamdulillah for everything that happen . Seingat ioolls permulaan tahun 2023 ialah di Ipoh ye I pergi Starvendor dekat Stadium Indera Mulia . Seterusnya balik UUM untuk habiskan kelas-kelas terakhir dan mo...

Hatyai Childhood Trip 2022 #Izztravel #Day1

Image
Assalamualaikum and Hi guys .Harini aku ada cerita syokkk nak ceqhitaa kat hampa semua . So last month aku dan kawan kawan aku pergi trip ke Hatyai .Kami namakan trip ni sebagai trip #HatyaiChildhoodTrip . Trip ni melibatkan separuh dari kawan aku masa masih kecik . Lima orang yang follow trip ni which is aku , adik aku Nora dan 3 orang lagi sdara aku jugak iaitu Sarah , Pikah dan Milah. . Trip ni kami rancang awal sebulan dari tarikh kami pergi . Trip ni jugak merupakan trip bajet sahaja iaitu bajet kami sebanyak RM400 seorang . Trip ni bermula dari kami menempah hotel untuk kami tinggal di sana lebih kurang 3 hari 2 malam . Kami memilih Sakura Budget Hotel . Kos hotel adalah sebanyak Rm300 untuk 2 bilik. Setiap bilik disediakan 2 katil , 1 heater , 1 peti sejuk , 2 tuala , 2 air minuman . Kami add on satu set tilam dengan bayaran 200 baht (rm25) *harga ni dah sekali dengan bayaran Rm300. Untuk set tilam tambahan ni kami dapat lagi satu tuala , 1 air , 1 tilam bersama dengan kat...

Curhat Pertama Tahun 2022 #Part3 #1

 10.50 p.m 8/8/2022 Isnin Di dalam bilik selepas hujan .  Assalamualaikum semua , lama gila tak menulis korang . Like its been one year . Apa la I dah buat one year tak menulis . Maybe I should reflect what happen in one year . Okay I cuba ingat I stop menulis lepas I main Litmatch , then bulan 8 I still main Litmatch , Bulan 9 I start kerja balik astu I start sem 5 , I masih bekerja sambil belajar . Bulan 11 I berhenti kerja dah . Bulan 12 I pergi trip 4 buah negeri tu . Then I kerja sampai hujung bulan 12 . Bulan 1 tahun ni I focus on sem 5 then I pergi KL . Hujung bulan 1 I pergi trip PD-Melaka dengan my family . Then bulan 2 I buat part time lagi . Bulan 3 focus on my license and I dapat license . Bulan yg sama jugak I jual Ipad dan beli Iphone . Bulan 3 jugak I settle down untuk masuk kampus dan kelas secara bersemuka and you know what seminggu yang lepas I finished my year 3 . Hmmmmm sejujurnya masa I start this blog I masih pelajar semester 1 . Rasa tak bernafas memikir...

Cara Menabung Untuk Mahasiswa #Part2 #2

Image
11.25 P.M. 24.7.2021  Assalamualaikum dan Hi guys . Malam ni I nak share cara menabung bagi seorang student universiti . Memandangkan I seorang student dan I buat benda ni sekarang I nak sharelah dengan korang. I actually masih dalam belajar cara ni dan belum nampak hasilnya tapi kita boleh sama-sama cuba untuk melakukannya. Cara yang I bagi ni antara yang mudah untuk dibuat bagi I dan kurang kerugian lah I rasa. Kalau dalam internet sendiri banyak orang suggest cara menabung depa tapi yang ni I rasa paling sesuai untuk student dan mudah untuk dibuat. Sebelum nak menabung, kita sendiri kena ada niat nak simpan duit untuk apa dan nak simpan bagaimana. Kita kena tahu jumlah duit yang kita ada berapa. Kita juga kena tahu target yang kita nak berapa dan tempoh masa nak menabung . Macam dalam situasi I, duit yg I akan dapat sekarang ialah dari pinjaman pelajaran I (Yakin), orang bagi, duit gaji (kerja part-time ). Hehe korang mesti cakap bolehla dia menyimpan sebab dia kerja part-tim...

Barang-Barang Yang Perlu Ada Untuk 'Online Class' #Part2 #1

Image
9.47 p.m. Jumaat Dalam bilik sambil layan Taxi Driver Assalamualaikum dan Hi semua. Hari ini I rajin nak menulis hehe. Actually nak settlekan semua aktiviti yang kena buat minggu ni. Masak dah,baca buku dah, tinggal nak siapkan artikel dan edit gambar je lagi. Nak edit gambar taktau macam mana sebab so far memang edit banyak guna template yang telah diberikan je. So minggu ni kita nak share tentang barang-barang korang perlu untuk “online learning” . Since kes makin meningkat dan harapan untuk belajar dekat universiti dah takde, eloklah korang sediakan barang ini untuk memudahkan pembelajaran dan pengajaran korang. Barang-barang ini actually sangat mudah untuk didapatkan dan terdapat banyak pilihan. Antara barang tersebut ialah 1.         Modem modified Modem modified ni actually modem yang biasanya digunakan oleh orang ketika travel. Yang dikatakan modified pula modem ini telah diubahsuai agar menggunakan internet utama sebagai hotspot kepada pen...

Curhat 4 #Part2

 Dalam bilik   14.39 p.m. 9 Julai 2021 Assalamualaikum dan Hai korang , I lama gilaaa tak menulis hahaha. Actually takde la lama sangat pun. Di saat I tengah menulis ni I actually tengah tak tahu nak buat apa sebab semester break dah bermula. Dah seminggu sebenarnya I rehat, last submit kerja dua hari lepas dan Alhamdulillah year 2 is done. Akhirnya semester 4 berakhir jugak. I dah habis fasa separuh degree dan masih ada lagi separuh untuk habiskan semua. Actually biasa I akan tulis dekat word dulu baru copy and paste ke blog tapi harini I tulis direct di blog. Saje saje je sebab nak guna keyboard yang I beli dekat shoppe.  Hmmm I pun taktau nak cerita apa sebenarnya cuma I nak bagitahu la sedikit sebanyak progress I sekarang. Memang this year I rasa tak function pun hahaha asyik duk cerita pasal I je. Sekarang I dah habis semester break dan I jugak jobless sebab tak boleh kerja musim lockdown yang tak berapa nak lockdown ni. Entah la nak cakap apa dengan negara sekarang ...

Curhat 3 #Part2

  9.25 pm , Selasa 1.6.2021 Dalam bilik penuh kesunyian Assalamualaikum dan hai korang , rindu gila nak menulis dan jadi aktif balik, sepanjang dua bulan ni memang I quite busy. Hehe dah tetapkan yang nak gunakan I untuk interact dengan korang sebab tak nak terlalu kasar atau terlalu sopan hehe. So malam ni I nak story mory la sikit apa yang jadi dengan I for this past 2 months sebab last I update ialah masa bulan 3 gittew. Actually masa tu I baru habis first week untuk new semester but harini dah week ke 11, berbaki 3 minggu je lagi nak habis semester 4. Cepatkan masa berlalu, I teringat dulu masa I jadi freshie dekat U, I selalu tengok senior melalui beg diorang sebab dekat UUM every intake akan dapat beg warna lain jadi boleh cam la dia intake berapa sama ada freshie, junior atau senior. I adore dengan diorang sebab boleh kekal dekat U sampai semester akhir sebab I rasa duduk U ni sangat susah dan selalu fikir camne if I takleh habiskan. Now I dah jadi separa senior aje la...

Curhat 2 #PART 2

  Assalamualaikum dan Hai semua . 11.20 p.m Khamis Dalam bilik Koranggg , aku dah habis first week untuk sem 4. Harini jugak ngam-ngam setahun Perintah Kawalan Pergerakan. Lama gila kut aku tak menulis since bila entah, aku sendiri lupa. Ni pun aku ada masa sikit sebab bosan tak tau nak buat apa tengah nak weekend ni kan so aku bukak la laptop dan terfikir lama dah kut tak menulis blog. Aku rasa macam tak produktif betul sebab duk share hal aku je takde pun share tips ke apa. Nanti insyaallah aku siapkan content content tertentu. Kena bertapa dulu untuk cari mood. So aku nak cerita la sikit progress tentang diri aku untuk sebulan dua ni, kemana aku pergi, apa yang aku buat. So sepanjang cuti semester selama kira kira 5 minggu ni aku ada lah bersukan sikit petang-petang kat umah, then aku start kerja balik lepas kedai pakaian boleh beroperasi, aku ada pergi kelas memandu jugak. Now baru habis part litar nak masuk jalan raya tapi aku still tak pandai bawak kereta . Aku send...

Curhat #1 #PART2

  11.00 pm Dalam bilik Hidup perlu positif! Assalamualaikum dan Hi guysssss, macam biasa la nak story mory sikit la apa yang jadi dekat aku sepanjang bulan 10 hingga 1 ni. Tiber dah tahun baru hahahaha. So far everything still good. Kita positif selagi masih ada nyawa dalam diri. Dah lama gila aku tak menulis kut. Aku rasa aku stop sebelum aku mula busy masuk semester 3 kut. By the way sekarang aku dah hampir habis semester 3 dan ada dua subjek masih belum settle assessment tapi takpelah ada masa ni catch up sikit sambil curhat our life la kejap ye. First ialah progress belajar aku lah. Since keutamaan aku sekarang ialah belajarkan. Part belajar ni everything memang okay for this sem. Kelam kabut sikit sikit tu biasalah dah namanya student kan. Banyak benda baru yang aku belajar walaupun ada yang banyak aku tak faham. Kadang kadang aku rindu nak belajar secara face to face sebab nak pakai cantik cantik, tunggu bas, jalan jalan area dkg, rehat kejap then sambung kelas lagi, ...

Study VS Career #10

  Selasa  9.00 p.m 27/10/2020 Dalam bilik yang hampir 80%siap direnovate. Assalamualaikum dan hai semua. Hehe berjumpa lagi kita dalam blog bulan ke 10. Alhamdulillah dah 10 bulan kita dalam 2020. Tinggal lagi 2 bulan je nak 2021. So bulan ni dah separuh bulan baru aku menulis dan aku sendiri berharap akan ada lah artikel tips yang membantu yang aku boleh kongsikan untuk diri sendiri dan korang semua yang membaca ini. So far bulan 10 ni amatlah baik bagi aku even kadang-kadang rasa letih sedikit dan menjadikan aku pemarah dan kurang sabar. Kadang-kadang aku perasan benda ni tapi aku sendiri takleh nak kawal diri aku sebab bila dah penat otak pun takleh nak fikir apa dah. Apa yang keluar dari mulut dan badan aku kadang-kadang buat aku menyesal . Entahla kadang-kadang rasa penat dengan diri sendiri . Sekarang aku dah mula belajar . Yeah second year student here . So hari ni dah habis first week tapi otak aku dah rasa berat macam week 14 dah maybe bila lecturer dah start meng...

Life is too short ... #9

29/9/2020 Selasa 10.43 PM Dalam bilik Bangun. Mandi. Bersiap. G kerja. Balik kerja . Makan . Tido . Rest Bangun. Mandi. Rest. Gi kerja. Balik kerja. Tido Bangun. Mandi. G tolong masak. Tahlil.Tido Assalamualaikum dan Hai semua. Aku rasa ni la aktiviti aku sepanjang sebulan ni. Bila fikir-fikir balik rasa macam kejap je setiap bulan tu. Contohnya malam ni hari hari terakhir September aku baru nak siapkan content bulan ni memandangkan baru dalam seminggu ni aku bukak latop untuk jangka masa yang lama berbanding dengan waktu yang lain. So untuk bulan ni aku takde tips, hidup aku sendiri kadang-kadang rasa macam tak betul tapi masih okey lah. Aku just nak rumuskan kehidupan aku untuk bulan ni sahaja. Alhamdulillah first aku nak bagitahu yang aku dah berjaya siapkan   kursus Tuan Norizan setelah dua bulan aku daftarkan diri . Happy sangat-sangat sebab aku ingatkan aku takkan mampu siapkan since aku busy dengan keja lain. Aku masih terfikir nak teruskan dengan kursus lain...

Kalau diberi peluang untuk ubah dunia. Apa yang aku akan buat? #8

Rabu 9.47 PM 19.8.2020 Di dalam bilik  Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. So di saat aku menulis ni sebenarnya aku tengah menunggu video dalam kursus yang aku ambil siap untuk ditonton . After a long time aku masuk jugak kursus tu dan aku dah memulakan beberapa aktiviti yang diperlukan . Baru aku tau susah jugak internet tak seberapa ni sebab video jadi tersekat-sekat jadi kena tunggu lama sikit dan bila dah siap tengok semua baru kena tonton balik untuk faham dengan lebih jelas . Aku tak nak cerita lebih pasal ni nanti takde idea pulak untuk content bulan ni hehe .  So dekat sini aku nak cerita apa yang aku nak buat kalau aku boleh ubah dunia.Actually bukan dunia sebenarnya tapi negara yang kita duduk. Kat sini , aku senaraikan beberapa benda yang aku nak buat berdasarkan pengalaman yang telah aku lalui .  1. Semua ibu bapa bekerja mempunyai masa dengan keluarga mereka.  Aku belajar dalam pengurusan sumber manusia dan aku cuba untuk memahami rentak kerja ora...

Done First Year Degree #7

Image
16.7.2020/ Khamis. 9.51 pm. Dalam bilik sendiri First year is done 😊 Assalamualaikum and hi guys So di saat aku menulis ni , aku baru je habis semester dua . Rasa macam tak sangka dari tak pernah jangka akan masuk u , aku dah survive sampai sem dua dah. So kat sini aku akan ceritakan banyak benda lah . Benda yang aku dah buat , sedang buat dan akan buat . Biasakan penulisan aku tulis pada awal bulan kan sebab aku macam nak semua kerja yang boleh settle awal , aku siapkan terus biar tak semak kepala aku . Kalini penulisan aku agak lambat memandangkan aku busy sangat siapkan semua assessment subjek aku dan dah habis pun . Biasalah bermula dari Covid-19 then kelas online , exam pun dibatalkan dan u aku membuat penilaian dengan menambah beberapa assignment lain seperti take home exam , online test dan quiz dan video-video tertentu . Bila aku kira-kira semua kan lebih kurang 30 assesment yang aku kena buat untuk sem ni . Aku memang busy gila since 15.6 sampai la 15.7 ni . Walaupun bu...